Skip to main content

Hiburan

Norish Karman Jelaskan Isu Terima Bayaran RM200,000 Ketika Sesi Live - “Takkanlah Dia Nak Bagi Saya…”

Astro Gempak 517

Sekilas

  • Norish Karman menjelaskan dia tidak menerima bayaran ratusan ribu ringgit seperti yang didakwa netizen kerana kerja sebagai hos jualan langsung hanya berlangsung dua hingga tiga jam sahaja.
  • Beliau menegaskan pendapatan diperoleh adalah berdasarkan usaha menjual produk dan bukan jumlah besar seperti yang disangka ramai.
  • Norish juga berkongsi impian untuk memiliki kenderaan lebih selesa demi anak-anaknya walaupun kini masih menggunakan kereta lama yang rosak.
Advertisement

Pelakon Norish Karman tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan dirinya menerima bayaran ratusan ribu ringgit hasil sesi siaran langsung bersama seorang usahawan sebelum ini.

Menurut Norish, jumlah yang diperkatakan netizen itu tidak seperti yang disangka ramai memandangkan mereka hanya bekerja sebagai hos jualan secara langsung.

Advertisement

“Ahli perniagaan itu bukanlah orang yang bodoh, takkanlah dia nak bagi saya terus RM200,000.

“Untuk dia bagi saya jumlah itu, satu malam itu dia kena buat jualan cecah RM1 juta,” katanya.

Norish berkongsi perkara tersebut menerusi satu temu bual dalam program audio siar Sembang Wanita yang dimuat naik dalam YouTube.

Advertisement

Tambahnya, sesi siaran langsung yang dilakukan juga hanya berlangsung sekitar dua hingga tiga jam sahaja.

“Kami hanya buat live dua hingga tiga jam.

“Jadi, kami tidak juga dapat RM150,000 atau RM50,000 atau separuh daripada itu,” ujarnya.

Menurut Norish lagi, dia melihat kerja tersebut sama seperti pekerjaan lain yang memerlukan usaha untuk menjual produk bagi memperoleh pendapatan.

“Pertama, kami buat live itu sebagai live host bermaksud bekerja di mana perlu menjual sebanyak mana produk jualan.

“Apabila bekerja kami dapat pendapatan,” katanya.

Dalam masa sama, Norish turut menjelaskan mengenai kontroversi membabitkan kenyataan anaknya sebelum ini yang mahu menghadiahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bernilai sekitar RM150,000 buat keluarga mereka.

“Saya tak malu dengan kereta saya sebab saya masih The Norish Karman.

“Buat masa ini kami masih memandu kereta rosak kami,” katanya.

Bagaimanapun, Norish mengakui dia memasang impian untuk memiliki kenderaan lebih selesa memandangkan anak-anaknya kini semakin membesar.

“Memang cita-cita nak gantikan kereta yang lebih baik kerana anak-anak makin membesar sebab kereta sekarang agak sempit.

“Saya rasa bukan saya seorang tetapi ramai ibu di luar sana yang mencintai anak mereka pasti ingin sesuatu yang lebih baik untuk anak-anak,” ujarnya.

Pada awal April lalu, kisah Norish yang berdepan masalah kesihatan mendapat perhatian ramai selepas anaknya, Amanda berkongsi perkara tersebut dalam media sosial bagi meminta dana untuk menampung kos rawatan ibunya.

Kisah tersebut turut menarik perhatian usahawan sensasi Aliff Syukri yang kemudian menjemput Norish menyertai sesi siaran langsung jualan produk bagi menjana pendapatan.


Sumber: Threads
 

Anda mungkin berminat dengan

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

ATIKOTA Women's Slippers Bow Tie

ATIKOTA Women's Slippers Bow Tie

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

JEEL Varnika Kurti - Special Edition | RM19 only! | Soft | No Shrinkage | No Colour Run | 100% Guaranteed |

JEEL Varnika Kurti - Special Edition | RM19 only! | Soft | No Shrinkage | No Colour Run | 100% Guaranteed |

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ELGINI E16191 Kemeja-T Kapas Kosong S-XXL | Plain Cotton Tee

ELGINI E16191 Kemeja-T Kapas Kosong S-XXL | Plain Cotton Tee

Must Watch Video

Advertisement