Sekilas
- Norman Hakim berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-18 puteri bongsunya, Maria Danisha Hakim.
- Norman menegaskan walaupun Danisha sudah dewasa, dia tetap melihatnya sebagai anak kecil dan sentiasa akan melindungi serta menyokongnya.
- Norman berpesan agar Danisha tidak mengejar kesempurnaan tetapi menjadi insan baik dan meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dalam hidup.
Pelakon, Norman Hakim menyorot perhatian apabila menzahirkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran puteri bongsunya, Maria Danisha Hakim.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Norman memaklumkan bahawa meskipun Danisha sudah menginjak dewasa namun dia tetap merasai puterinya itu akan sentiasa menjadi anak kecil baginya.
Menurut Norman, usia 18 tahun bukan sekadar pertambahan usia, sebaliknya menjadi permulaan kepada perjalanan baharu buat Danisha.
“How time flies… anak saya berusia 18 tahun hari ini. Walaupun Baby (Danisha) makin dewasa, awak tetap anak kecil di mata papa. The precious daughter papa will forever love and protect.
“Papa mungkin tak bersama kamu di setiap jalan yang kamu lalui, tapi papa akan sentiasa ada di belakang kamu. Bila dah penat, toleh je belakang dan… ching! Insya-Allah Papa ada. Bila rasa macam nak jatuh, hulurkan tangan dan ching! Insya-Allah Papa ada lagi.
“Dan kalau dunia buat kamu mula ragu-ragu dengan diri sendiri, datanglah peluk Papa. Sebab bagi Papa, kamu akan sentiasa cukup, sentiasa disayangi dan sampai bila-bila pun, kamu tetap kebanggaan Papa,” kongsinya.
Dalam pada itu, Norman menitipkan pesan buat Danisha untuk tidak terlalu mengejar kesempurnaan, sebaliknya meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan.
“Papa tak minta Baby jadi sempurna. Cukup menjadi seorang yang baik, menjaga maruah dan hati.
“Sentiasa kuat menghadapi cabaran dan sentiasa menjadikan Allah SWT sebagai keutamaan,” tambahnya.
Di akhir perkongsian, pelakon filem Gerak Khas The Movie ini mendoakan agar Danisha sentiasa berada di bawang lindungan Allah SWT.
“Semoga Allah memelihara kamu bila papa tidak ada disisi, membimbing setiap perjalanan dan mengelilingi kamu dengan orang yang sayangkan kamu,” tulisnya lagi.
Sumber: Instagram