Skip to main content

Selebriti

Nourul Depp Tak Halang Anak Sertai TTMM Jika Berpeluang, Tetap Utamakan Impian Jadi Juruterbang - “Sejak Usia Empat Tahun Dia…”

Nourul Depp

Sekilas

  • Nourul Depp beri kebebasan kepada anak sulungnya, Zachary, untuk pilih jalan hidup termasuk sertai program realiti seperti TTMM jika berminat.
  • Zachary berhasrat menjadi juruterbang dan Nourul tekankan pentingnya pencapaian akademik terutama dengan cabaran tahun sembilan yang bakal dihadapinya.
  • Nourul juga bakal mengadakan konsert solo sulungnya, For You Nourul, pada 30 Mei di Zepp Kuala Lumpur sebagai penghargaan kepada peminatnya.
Advertisement

Penyanyi, Nourul Depp tidak mempunyai halangan sekiranya anak sulungnya, Zachary mempunyai keinginan untuk menyertai program realiti popular seperti Talk To My Manager (TTMM) pada masa akan datang.

Menurut Nourul, dia dan suaminya, Eric Daniel Depp sentiasa memberikan kebebasan kepada anak mereka untuk menentukan hala tuju kehidupan terutamanya dalam mengejar cita-cita.

Advertisement

Namun kata Nourul, pendidikan tetap menjadi keutamaan buat anaknya memandangkan cita-cita untuk menjadi juruterbang memerlukan pencapaian akademik yang cemerlang.

“Saya ada berbincang juga dengan suami saya, Zacry ni cakap dia nak jadi juruterbang, kita sebagai ibu bapa kita nak menjurus ke arah yang dia nak jadi.

“Sebab dari usia empat tahun dia sudah menetapkan mahu menjadi juruterbang sehingga sekarang. Segala jenis model kapal terbang semuanya dia tahu.

“Untuk menjadi juruterbang sudah tentu akademik perlu bagus. Bulan Ogos ini dia sudah masuk tahun sembilan. ‘Middle school year 9’ ini memang sangat sengit dan mencabar,” katanya.

Nourul berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan Konsert For You Nourul yang berlangsung di Studio Sinetone pada Ahad.

Bagaimanapun kata Nourul, perancangan hidup kadangkala berubah mengikut keadaan semasa dan dia memilih untuk melihat perkembangan anaknya secara terbuka tanpa memberi tekanan.

“Saya tak tahu, kadang-kadang kita rancang begini, nanti jadi macam lain. Kita ikut sahajalah jalannya.

“Kalaulah kata tiba-tiba jadual okay, semuanya okay, saya tak kisah, cuma itulah dia bersekolah di Bali jadi susah sedikitlah,” ujarnya.

Nourul berkahwin dengan Eric pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 13; Raphael, 11, dan Isabella, 7. Mereka sekeluarga kini menetap di Bali.

Dalam perkembangan lain, Nourul bakal tampil dalam konsert solo sulungnya, For You Nourul yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Mei ini.

Dianjurkan ND Entertainment, konsert For You Nourul bakal menjadi persembahan eksklusif buat peminat bagi meraikan tiga dekad perjalanan penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu dalam industri seni tanah air.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement