Skip to main content

Hiburan

Nourul Depp Tak Melatah Dikecam, Anggap Bukan Semua Orang Faham Perjalanannya - “Yang Hencap Itu…”

Astrogempak Nourul

Sekilas

  • Nourul Depp tidak mengambil hati dengan kritikan dan lebih menghargai perjalanan seni yang dilaluinya.
  • Konsert Nourul For You di Zepp Kuala Lumpur mendapat pujian netizen dengan persembahan 22 lagu termasuk penampilan istimewa Mimi Fly dan Zachary Depp.
  • Nourul menjelaskan konsert tersebut hanyalah persinggahan sekejap dan bukan tanda dia kembali ke dunia seni tanah air.
Advertisement

Penyanyi, Nourul Depp mengakui tidak mengambil hati dengan sebarang kritikan atau pandangan negatif yang diterimanya, sebaliknya memilih untuk terus menghargai perjalanan seni yang telah dilaluinya.

Menerusi hantaran di Threads, Nourul akui  tidak semua orang memahami perjuangan dan pengorbanan yang dilalui seseorang sepanjang perjalanan hidup serta kerjaya mereka.

Advertisement

“Siapaa yg hencap kak Nourul Depp tu? Dlu pesaing tedekat kak ziana tau. Sbb both kat ziana and kak nurul power vokal that time. Sama naik,” tulis seorang individu.

“Salam my dear. Tak apa. Tak semua orang suka dan faham journey kita. Yang hencap tu tak datang. They dont know. Allah kan ada,” balasnya kepada seorang individu.

Terdahulu, nyanyian Nourul di konsert Nourul For You mendapat pujian netizen dan rata-rata kagum dia masih mampu menyanyi sebaik itu.

Sekadar info, Nourul konsert Nourul For You yang berlangsung semalam di Zepp Kuala Lumpur.

Menerusi konsert istimewa itu, Nourul mempersembahkan 22 buah lagu antaranya Cinta Azali, Rinduku Padamu, Kerana Terluka dan banyak lagi.

Membuat penampilan istimewa merupakan Mimi Fly yang mempersembahkan lagu Temberang yang dinyanyi solo selain Persamaan, Maafkanku dan keliru (duet).

Turut membuat kemunculan khas merupakan Zachary Depp yang mendendangkan lagu Joget Kenangan Manis dendangan Sudirman Haji Arshad.

Nourul dalam pada itu memaklumkan konsert tersebut hanyalah persinggahan sekejap dan bukan untuk kembali ke dunia seni tanah air.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement