Skip to main content

Selebriti

Nubhan Beri Kejutan, Hadiahkan Mak Jenny Katil Hospital - “Mak Bukan Sakit Teruk Cuma Badan Tak Sekuat Dulu…”

AstroGempak nubhan mak katil hospital

Sekilas

  • Nubhan menghadiahkan katil hospital kepada ibunya, Badariah Omar, demi keselesaan beliau yang semakin lemah akibat usia.
  • Dalam perkongsian TikTok, Nubhan menjelaskan ibunya tidak sakit serius tetapi badan sudah tidak sekuat dulu.
  • Netizen memuji tindakan Nubhan sebagai anak yang prihatin dan peka terhadap keadaan ibunya.

Penyanyi, Nubhan mengambil inisiatif untuk menghadiahkan ibunya, Badariah Omar sebuah katil hospital demi keselesaannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nubhan memaklumkan keadaan fizikal ibunya yang lebih mesra dengan panggilan Mak Jenny semakin lemah akibat faktor usia bukan disebabkan penyakit serius.

“Mak bukan sakit teruk cuma umur dah meningkat, badan pun tak sekuat dulu.

“Semua yang saya bina hari ini dari tangan wanita ini. Sekarang mak makin tak larat.

“Saya tak mampu balas segalanya, sekurang-kurangnya saya pastikan mak selesa,” maklumnya.

 

@nubhan86 Mak bkn sakit teruk. Cuma umur dah makin meningkat… badan pun tak sekuat dulu. Semua yang saya bina hari ni… bermula dari tgn wanita ini. Sekarang mak makin tak larat. Saya x mampu balas segalanya, sekurang kurangya saya pastikan mak selesa. #makjwnny #nubhan #fyp ♬ Sound of flowing water (ASMR) 3D sound(938614) - MN Field Record

 Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Nubhan sebagai seorang anak yang prihatin dan peka terhadap kondisi ibunya.

 

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Must-Watch Video

Advertisement