Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Nubhan Buat Persiapan Raya Awal Demi Anak-Anak, Ikut Giliran Sambut Aidilfitri - “Saya Tak Nak Mereka Rasa ‘Missing Something’ Dalam…”

ASTROGEMPAK Nubhan Raya
Advertisement

Penyanyi Nubhan memberitahu dia sudah membuat persiapan awal sempena Hari Raya untuk memastikan anak-anaknya tidak berasa kekurangan walaupun jadualnya padat sepanjang bulan Ramadan.

 

Advertisement

Menurut Nubhan, kesibukan menguruskan perniagaan mendorongnya untuk merancang lebih awal demi keselesaan keluarga.

 

“Bulan puasa ini saya agak sibuk dengan perniagaan… jadi, saya memang dah buat persiapan raya untuk anak-anak awal. 

Advertisement

 

“Supaya saya tak nak mereka rasa ‘missing someting’ dalam bulan Ramadan dan nak dekat Raya. Disebabkan kesibukan itu, saya cuba buat yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Nubhan mengakui sambutan raya tahun ini mungkin sedikit berbeza, namun dia tetap berusaha memastikan suasana kekal meriah buat anak-anak.

 

“Nak cakap fasal kelainan Raya tahun ini, memang akan ada tapi nak tak nak, kita cuba untuk buat semua gembira. 

 

“Saya rasa paling penting untuk raya tidak rasa apa-apa kekurangan. Saya akan cuba buat keadaan itu baik-baik saja terutama untuk anak-anak,” ujarnya. 

 

Tambahnya lagi, tahun ini anak-anak akan beraya bersamanya terlebih dahulu mengikut giliran yang telah dipersetujui bersama bekas isterinya, Dr Fie atau Dr Afifah. 

 

“Anak-anak raya dengan saya dulu tahun ini. Perbincangan itu seperti yang telah dipersetujui lebih awal, dalam giliran beraya dengan anak-anak. 

 

“Tahun ini dengan saya, tahun hadapan dengan dia pula. Kita ikut saja giliran yang telah ditetapkan,” katanya lagi. 

 

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

 

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

 

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

 

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Anda mungkin berminat dengan

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

Korean Style Cargo Women Long Pants Seluar Panjang Cargo Perempuan 工装裤女

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

Must Watch Video

Advertisement