Skip to main content

Selebriti

Nubhan Dah Buat Laporan Polis, Pengutip Hutang Tuntut Lebih RM2 Juta – “Perkara Ini Tak Boleh Didiamkan…”

Nubhan Dah Buat Laporan Polis, Pengutip Hutang Tuntut Lebih RM2 Juta – “Perkara Ini Tak Boleh Didiamkan…”

Sekilas

  • Penyanyi Nubhan membuat laporan polis selepas beberapa individu dipercayai pengutip hutang datang ke kediamannya pada 23 Oktober lalu.
  • Jumlah hutang yang dituntut adalah lebih RM2 juta, dan Nubhan mengambil serius isu keselamatan dirinya serta keluarga.
  • Nubhan juga telah berbincang dengan peguam untuk tindakan lanjut dan menegaskan tidak akan berkompromi demi keselamatan keluarga.
Advertisement

Susulan sekumpulan individu dipercayai pengutip hutang hadir ke kediamannya, penyanyi Nubhan memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis selain berbincang dengan pihak peguam bagi mengambil tindakan lanjut.

Menerusi hantaran terbaharu di Threads, Nubhan menjelaskan kejadian tersebut berlaku pada 23 Oktober lalu dan perkara itu disifatkan sebagai serius kerana melibatkan keselamatan dirinya serta keluarga.

Advertisement

Malah, Nubhan juga mendedahkan jumlah wang yang dituntut adalah mencecah lebih RM2 juta.

“Ya, pengutip hutang itu datang pada 23 Oktober 2026 perkara ini sangat sangat serius. Saya mengambil keputusan untuk beritahu sekarang sebab saya rasa perkara ini tidak boleh didiamkan.

“Jumlah yang diminta adalah sebanyak RM2 juta lebih. Saya telah pun buat report polis atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya,” tegasnya.

Advertisement

Tambah Nubhan, tindakan membuat laporan polis itu merupakan langkah yang diambil bagi memastikan keselamatan anak-anak, keluarga dan dirinya terjamin.

“Seperti saya cakap sebelum ini, jika membabitkan keluarga saya tidak akan berkrompomi. Saya juga telah berbincang dengan pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” maklumnya.

Terdahulu, Nubhan mendakwa kediamannya didatangi beberapa individu yang dipercayai pengutip hutang dan sedang mencari bekas isterinya, Dr. Fie.

Menerusi perkongsian di media sosial, Nubhan, 40, menegaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya keselamatan dirinya, anak-anak dan keluarga terancam.

Anda mungkin berminat dengan

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement