Skip to main content

Selebriti

Nubhan Dakwa Dihujani Pelbagai Fitnah, Pilih Saluran Yang Betul Untuk Bersuara - “Saya Banyak Diam Tapi…”

Nubhan dakwa difitnah

Sekilas

  • Nubhan tampil mempertahankan diri selepas pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya menyebabkan kebencian dan salah faham.
  • Nubhan menegaskan tidak berniat membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya mahu membersihkan nama dan memastikan tiada kenyataan disalahertikan.
  • Nubhan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung prosiding komital terhadap bekas isteri, Dr. Afifah Hidayah, dengan prosiding kedua ditetapkan pada 10 Ogos depan.
Advertisement

Penyanyi dan usahawan Nubhan mendakwa pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan telah meninggalkan kesan terhadap dirinya.

Ujar pemilik nama Ahmad Nubhan Ahamad ini, keadaan yang didakwa semakin tidak terkawal itu juga memaksanya untuk tampil mempertahankan diri.

Advertisement

“Sebenarnya terlalu banyak fitnah yang berlaku sebelum ini. Banyak sangat fitnah.

“Jadi benda itu telah menimbulkan banyak kebencian kepada saya.

“Saya banyak diam sebelum ini. Tapi makin saya diam makin menjadi-jadi pula,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Nubhan berkata demikian ketika ditemui usai prosiding kes komital difailkannya terhadap bekas isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.

Tambah Nubhan, tindakannya yang memilih untuk berdiam diri sebelum ini juga disalah erti oleh sesetengah pihak yang menganggap dirinya berada di pihak yang salah.

“Bila berdiam, mungkin orang ingat saya takut, mungkin orang ingat saya salah.

“Saya menggunakan saluran ini untuk mempertahankan dan membersihkan balik nama saya.

“Tapi dalam masa sama saya masih menghormati banyak pihak yang perlu saya jaga, sebab itu sebelum ini saya pilih untuk berdiam,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, bekas bintang program Akademi Fantasia ini menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya hanya mahu memastikan tiada lagi sebarang kenyataan yang disalahertikan.

Terdahulu, Nubhan hadir ke perkarangan mahkamah berhubung prosiding komital mengenai pelanggaran mahkamah yang difailkan terhadap Dr. Fie.

Walau bagaimanapun, perincian lanjut mengenai bentuk pelanggaran perintah mahkamah itu belum didedahkan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh bagi prosiding kedua buat Dr Fie selaku defendan untuk memfailkan afidavit pembelaan berhubung dakwaan tersebut.

Sebelumnya, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Must Watch Video

Advertisement