Skip to main content

Selebriti

Nur Shahida Imbas Detik Sukar, Pernah Dipinggirkan Sahabat - “Bila Susah Pandang Sinis, Bila Tengah Naik, Ntah Mana-Mana Semua Datang Muncul”

Shahida kawan fake

Sekilas

  • Datin Seri Nur Shahida berkongsi pengalaman pahit ketika membina kerjaya bersama suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri, termasuk saat susah yang membuatkan ramai menjauh dan memandang rendah mereka.
  • Mereka pernah menghadapi tekanan emosi sehingga menangis dan berusaha sendiri belajar untuk keluar dari kemelut, walaupun berdepan masalah seperti kehilangan akaun TikTok berulang kali.
  • Kisah mereka mendapat perhatian netizen yang kagum dengan kekuatan pasangan ini dan menjadikan pengalaman mereka sebagai inspirasi untuk tidak berputus asa.
Advertisement

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilalui sepanjang membina kerjaya bersama suaminya.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Shahida mengakui fasa paling mencabar adalah ketika berada dalam kesusahan dan ramai individu di sekeliling mula menjauhkan diri selain memandang rendah terhadap mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, situasi itu berbeza selepasmereka kembali bangkit dan secara tiba-tiba ramai pula yang hadir mendekati.

“Bahahian paling struggle, bila susah semua orang menjauh, pandang remeh dan sinis. Kawan-kawan buat majlis tak jemput pun ada.

“Tapi bila tengah naik, ntah mana-mana pula datang semua muncul, tapi itu kan asam garam kehidupan,” coretnya.

Mengimbas kembali kenangan pahit tersebut, Shahida berkata mereka pernah berdepan tekanan emosi sehingga menangis kerana memikirkan jalan penyelesaian untuk keluar daripada kemelut yang dihadapi.

“Kami pernah menangis berdua dekat bilik fikir apa nak buat dalam keadaan macam ni. Masa tu korang semua dah pergi online.

“Kami masih stuck tak jumpa jalan, bayar cikgu cikgu online untuk ajar tapi masih hampa. Last-last kami sendiri yang belajar sampai jumpa jalan. Hilang akaun TikTok dah berapa kali,” jelasnya.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa kagum dengan kekuatan pasangan suami isteri berkenaan dalam menempuh dugaan hidup.

Selain itu, mereka juga menjadikan kisah Shahida ini sebagai pemangkin semangat dan inspirasi untuk tidak berputus asa.

Anda mungkin berminat dengan

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Must Watch Video

Advertisement