Sekilas
- Datin Seri Nur Shahida berkongsi video anak sulungnya, Ammar Ahyan, yang memberi komen lucu tentang perangai adik-beradiknya di Threads.
- Walaupun cuba serius mendengar, Nur Shahida tidak dapat menahan ketawa dengan jawapan Ammar yang mencuit hati.
- Dia menegaskan pentingnya sesi tazkirah keluarga untuk mendengar luahan anak-anak dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida berkongsi momen mencuit hati bersama anak-anaknya.
Menerusi perkongsian di Threads, Nur Shahida memuat naik video anak sulungnya, Ammar Ahyan yang memberikan komen mengenai perangai adik-beradiknya.
Menurut Nur Shahida, dia cuba untuk serius ketika mendengar pandangan Ammar, namun jawapan anak sulungnya itu membuatkannya tidak dapat menahan ketawa.
“Ammar Ahyan sebagai anak sulung komen perangai adik-adik dia sorang-sorang. Kita ni cuba la nak serius tau tapi bila dengar saja jawapan dia terus keluar air mata kita tahan gelak.
“Sebenarnya elok juga buat tazkirah dengan anak-anak macam ni. Dapatlah kita dengar luahan mereka kan.
“Sebab kita sebagai ibu bapa ni tak semestinya betul sentiasa. Yang penting bila ada sesi keluarga macam ni dapat membentuk ukhwah sesama kita anak beranak,” kongsinya.
Sumber - Threads