Skip to main content

Hiburan

Nurel Baharin Dah ‘Ready’ Nak Kahwin Di Usia Muda - “Ini Adalah Keputusan…”

ASTROGEMPAK Nurel

Sekilas

  • Pelakon Nurel Baharin berkongsi berita sudah dirisik oleh keluarga bakal mentua pada usia 24 tahun sebagai keputusan peribadi tanpa tekanan luar.
  • Walaupun melangkah ke alam perkahwinan, Nurel akan terus aktif dalam kerjaya lakonan dan menerima projek seperti biasa.
  • Nurel berharap keputusan ini diterima baik oleh peminat dan industri serta memohon doa agar perjalanan karier dan kehidupannya dipermudahkan.
Advertisement

Pelakon kelahiran Sarawak, Nurel Baharin, mencuri perhatian peminat apabila berkongsi gambar dia sudah dirisik oleh keluarga bakal mentua yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu. 

 

Advertisement

Menurut Nurel, keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan pada usia 24 tahun bukanlah disebabkan tekanan mana-mana pihak, termasuk keluarga, sebaliknya ia merupakan pilihan peribadi yang dibuat dengan penuh kesedaran dan keyakinan terhadap perjalanan hidupnya sendiri.

 

“Ini adalah keputusan saya sendiri. Saya percaya pada rezeki Allah selepas perkahwinan, dan setiap fasa hidup ada aturan yang terbaik,” jelasnya.

 

Walaupun masih berada di dalam fasa perkembangan kerjaya seni, Nurel menegaskan langkah tersebut tidak akan menghentikan komitmennya dalam dunia lakonan. 

Advertisement

 

Dia akan terus aktif menerima projek dan mengembangkan bakatnya seperti biasa.

 

Nurel turut dikenali menerusi wataknya sebagai Yaya dalam drama Ate Kome I Love You yang kini boleh ditonton di platform penstriman VIU, sekali gus mengukuhkan lagi kehadirannya dalam industri hiburan tanah air.

 

Sebagai anak jati Sarawak, Nurel berharap keputusan peribadinya ini tidak disalah tafsir, malah diterima dengan hati terbuka oleh peminat serta pihak industri. 

 

Dia turut memohon doa agar perjalanan karier dan kehidupan peribadinya selepas ini dipermudahkan.

 

“Saya harap semua dapat memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk perjalanan karier saya. 

 

“Saya sangat bersyukur dengan semua sokongan yang diberikan melalui media sosial dan saya tidak akan pernah berhenti menjadi seorang anak seni yang sentiasa menghasilkan karya terbaik buat industri seni kita,” tambahnya.

 

Untuk rekod, Nurel Baharin kini antara bakat muda yang semakin mendapat perhatian dalam industri lakonan tempatan, dengan peningkatan populariti menerusi pelbagai platform digital dan televisyen.

Anda mungkin berminat dengan

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

SSFH Pure Cotton Printed Peplum Style Short Kurti

SSFH Pure Cotton Printed Peplum Style Short Kurti

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

Must Watch Video

Advertisement