Skip to main content

Hiburan

Nurel Baharin Sah Jadi Isteri, Kongsi Sebab Terpikat Dengan Suami - “Esmeer Tunjuk Penuh Effort Untuk…”

Nurel Baharin

Sekilas

  • Pelakon Nurel Baharin selamat bergelar isteri kepada Esmeer Mansor dalam majlis pernikahan bertemakan 'English Wedding' di Kuching, Sarawak.
  • Nurel berkongsi rasa syukur majlis berjalan lancar dan suaminya sangat matang serta menyokong kerjayanya sebagai pelakon.
  • Majlis tertutup itu dihadiri rakan artis dan Nurel akan muncul dalam filem 'Kacau' yang akan ditayangkan hujung tahun ini.
Advertisement

Dengan sekali lafaz, pelakon Nurel Baharin, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Esmeer Mansor pada 8 pagi, Sabtu, di Kelab Golf, Kuching, Sarawak.

 

Advertisement

Berasa gementar sebelum pernikahannya, Nurel bagaimanapun meluahkan rasa syukur selepas majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

 

"Dari minggu lalu Nurel rasa gementar, dengan majlis lagi, dengan kawan-kawan dan keluarga dari semenanjung nak datang, semua itu Nurel risau dan fikir sama ada mereka okey atau tidak.

 

“Alhamdulillah, selepas nikah tadi, Nurel dapat jumpa semua dan majlis pun berjalan dengan lancar,” kata Nurel menerusi kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media. 

 

Bertemakan 'English Wedding', Nurel memakai busana yang ditaja penuh oleh 'HeetamPuteh' dan 'Sejiwa by The Gown Atelier'.

 

Dalam pada itu, Juara Dewi Remaja 2023 ini berkongsi salah satu sebab dia terpikat dengan suaminya. 

 

"Esmeer tunjuk penuh effort untuk 'sah' kan saya sebagai seorang isteri. Dia tak teragak untuk jumpa keluarga dan terus plan everything lepas keluarga saya bagi 'greenlight'," kongsinya.

 

Nurel menyifatkan suaminya seorang yang sangat matang dan memenuhi kriteria penuh sebagai suami pilihannya.

 

"Saya bersyukur sekarang saya sudah menjadi seorang isteri dan paling excited, nak adapt new life sebagai seorang isteri dan pelakon pada masa yang sama.

 

"Esmeer pun tak pernah halang saya dari terus berkarya dan menjadi seorang pelakon. InsyaAllah, saya sentiasa percaya pada rezeki Allah dan rezeki selepas berkahwin,” katanya lagi. 

 

Nurel juga berharap agar semua tetap memberi sokongan kepada kerjayanya dan menerima dengan terbuka segala nasihat rumah tangga sebagai seorang isteri.

 

Majlis tertutup tersebut turut dihadiri oleh Zarif Ghazzi, Aizat Saha, Farees Asri, Aniq Suhair, Fimie Don dan ramai lagi pelakon menurut perkongsian daripada media sosial.

 

Majlis pernikahan itu disempurnakan lagi dengan mas kahwin berupa wang tunai sebanyak RM300.

 

Dalam perkembangan lain, Nurel akan muncul dalam filem ‘Kacau’ yang bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement