Skip to main content

Selebriti

OAG, The Times Nak ‘Pecahkan’ Odeon KL Sabtu Ini!

OAG, The Times Nak ‘Pecahkan’ Odeon KL Sabtu Ini!

Sekilas

  • OAG dan The Times akan bergabung dalam konsert Disko Dansa Generasiku pada 10 Oktober 2026 di Odeon Kuala Lumpur, membawakan 10 lagu popular secara bersama.
  • Konsert ini meraikan perjalanan muzik alternatif Malaysia merentasi generasi, dengan dua band yang mempunyai sejarah rapat berkongsi pentas.
  • Acara ini menjadi peluang untuk peminat lama dan generasi baharu menikmati muzik ikonik dari era 90-an hingga 2000-an secara langsung.
Advertisement

OAG, The Times dengan 10 lagu  di atas sebuab pentas? Okay, ini bukan lagi sekadar konsert biasa, tapi bakal menjadi malam paling epik buat peminat dua nama besar dalam dunia muzik alternatif tempatan.

Bakal bergabung menerusi Disko Dansa Generasiku, Sabtu ini, 10 Oktober 2026 di Odeon Kuala Lumpur, kehangatan sudah terasa.

Advertisement

Menerusi sesi persiapan yang dikongsikan, peminat sudah boleh membayangkan tenaga yang bakal dibawa ke pentas nanti. Ini bukan konsep dua band membuat persembahan secara berasingan, sebaliknya OAG dan The Times bakal bermain bersama untuk membawakan 10 lagu all-time favourite.

Dua dram, dua bass, empat gitar dan dua vokalis bakal berada di atas satu pentas. Boleh bayangkan bagaimana bunyinya? Jangan bayangkan, perlu berada di lokasi untuk merasai keterujaan bersama mereka.

Menurut vokalis OAG, Radhi, konsert berkenaan bukan sekadar mengenai dua kumpulan yang berkongsi pentas, sebaliknya menjadi ruang untuk meraikan perjalanan muzik alternatif Malaysia yang merentasi generasi.

Advertisement

“Konsert ini bukan sekadar tentang OAG atau The Times, tetapi tentang perjalanan muzik alternatif Malaysia yang saling bersambung dari satu generasi ke generasi yang lain.

“Kami mahu penonton datang bukan sahaja untuk menyanyi bersama, tetapi untuk menghidupkan semula memori dan meraikan muzik yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup mereka,” katanya.

Menariknya, OAG dan The Times sendiri mempunyai sejarah yang cukup dekat.

Dua beradik, Naza dan Mono, pernah menjadi sebahagian daripada barisan OAG sebelum memilih untuk meneroka perjalanan muzik sendiri dan menubuhkan The Times pada 2004.

Selepas lebih dua dekad, mereka kini kembali berkongsi pentas tetapi kali ini dengan cerita yang jauh lebih besar. Ia bukan sekadar pertemuan dua band.

Ia ibarat pertemuan dua zaman muzik alternatif Malaysia.

Naza juga melihat konsert ini sebagai peluang untuk mempertemukan semula peminat yang membesar dengan muzik kedua-dua kumpulan berkenaan.

“Ramai yang membesar dengan OAG pada era 90-an, dan ramai juga yang menemui muzik melalui The Times pada tahun 2000-an.

“Konsert ini ibarat satu titik pertemuan antara dua generasi dan juga generasi baharu yang belum pernah mendengar lagu OAG dan The Times,” katanya.

Bagi yang membesar dengan OAG pada era 90-an, inilah peluang untuk kembali menyanyi bersama lagu yang pernah menjadi sebahagian daripada zaman mereka.

Bagi generasi yang melalui era indie 2000-an pula, mungkin inilah masa untuk ‘throwback’ bersama The Times.

Manakala untuk generasi baharu yang baru mahu mengenali kedua-dua kumpulan ini, Disko Dansa Generasiku boleh menjadi peluang untuk merasai sendiri muzik yang pernah mewarnai perjalanan alternatif tempatan.

Jadi, kalau selama ini anda hanya boleh membayangkan bagaimana bunyinya apabila OAG dan The Times bermain bersama, Sabtu ini jawapannya bakal berada di depan mata.

Anda mungkin berminat dengan

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement