Skip to main content

Selebriti

Oddah Perjelas Salah Faham, Nafi Hadie Tumpang Tidur Di Rumah - “Dakwaan Tu Tak Benar! Kami Tidak Berseorangan & Tahu Limit”

Oddah Perjelas Salah Faham, Nafi Hadie Tumpang Tidur Di Rumah

Ringkasan AI

  • Auddra Zulkifli atau Oddah menafikan dakwaan Hadie bermalam di rumahnya baru-baru ini.
  • Hadie hanya singgah sebentar di rumah Oddah sebelum dihantar ke Terminal Bersepadu Selatan untuk pulang ke Johor.
  • Semua pihak termasuk ibu bapa mereka tahu tentang pergerakan Hadie dan tiada perkara yang disembunyikan.
  • Dakwaan bermalam di rumah Oddah timbul selepas ibu Hadie meluahkan kebimbangan mengenai anaknya yang tidak pulang ke rumah Ammar.

Anak pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah iaitu Auddra Zulkifli menafikan dakwaan kononnya Hadie yang juga merupakan anak kepada Ina Naim bermalam di rumahnya baru-baru ini.

Auddra, atau lebih mesra disapa Oddah berkata spekulasi yang tular di media sosial itu sama sekali tidak benar dan telah disalah tafsir oleh netizen.

“Dakwaan itu tidak benar, Hadie tidak tidur di rumah saya. Pada mulanya, kami berada di rumah Ammar.

“Untuk pengetahuan semua, ibu bapa kami tahu tentang perkara ini. Bapa saya ada di rumah, ibu Hadie juga tahu dia berada di rumah Ammar, dan begitu juga sebaliknya,” ujarnya.

Oddah berkata demikian ketika ditemui Gempak di program MeleTOP bertempat di Astro Bukit Jalil pada Selasa.

Jelas Oddah lagi, Hadie hanya singgah sebentar di rumahnya sebelum dihantar ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pulang ke Johor.

“Kami tidak berseorangan, ibu bapa Ammar pun ada dalam rumah tu, kami tahu limit kami di mana.

“Saya dan sepupu lelaki saya yang hantar Hadie ke TBS. Bapa saya yang suruh Hadie datang ke rumah sebab tak nak saya keluar rumah orang lain.

“Hadie, Ammar memang dialu-alukan datang ke rumah, tapi kami semua lepak di ruang tamu sahaja, bukan dalam bilik.

“Bilik saya bilik perempuan. Saya tak pernah benarkan kawan lelaki masuk pun kecuali sepupu saya sendiri.

“Mereka tak pernah masuk bilik saya, kami semua hanya lepak di ruang tamu sahaja termasuk ketika melakukan sesi siaran langsung (live) bersama.

“Kami hantar dia ke terminal sebab tak nak dia naik pengangkutan awam jam 3 pagi, itu sahaja,” tegasnya.

Terdahulu, timbul dakwaan Hadie atau nama sebenarnya Ehmad Hadie Elfardie tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakannya.

Ibunya, Ina Naim juga meluahkan rasa bimbang terhadap tindakan Hadie yang tidak menginap di rumah Ammar sebaliknya dikatakan menumpang tidur di tempat lain.

Disebabkan itu, timbulnya spekulasi netizen yang mendakwa Hadie tumpang bermalam di rumah Oddah.

Must-Watch Video

Advertisement