Skip to main content

Hiburan

Ojen Aiwah Buat Kejutan Potong Rambut Depan Ibu, Anggap Ini Permulaan Baharu 2026 - “Along Minta Maaf, Anak Lelaki Mama Tak Macam…”

Ojen Aiwah

Sekilas

  • Ojen Aiwah berkongsi momen emosional apabila memotong rambut panjangnya sebagai kejutan kepada ibunya di platform Threads.
  • Dia memohon maaf kepada ibunya dan menganggap perubahan itu sebagai permulaan baru untuk tahun 2026 sambil berjanji menjaga ibunya yang sedang berjuang melawan kanser.
  • Video tersebut mendapat reaksi sebak daripada warganet yang memuji usaha Ojen untuk berubah ke arah kebaikan.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah menyorot perhatian apabila berkongsi satu momen penuh emosi bersama ibunya di platform Threads.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Ojen memuat naik video dirinya melakukan kejutan  apabila mengambil keputusan untuk menggunting rambut panjangnya di hadapan ibunya.

Advertisement

Di ruangan kapsyen, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli memohon maaf kepada ibunya kerana beranggapan dirinya bukanlah seorang anak yang baik.

Ujar Ojen, keputusannya untuk memotong rambut pendek dianggap sebagai permulaan baharu buatnya pada tahun 2026.

“Mama along minta maaf tau, anak lelaki mama tak macam anak lelaki orang lain.

“Anak mama special sikit. Mama, Along mintak maaf salah silap ya ma.

“Bismillah, new look and new me in 2026,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Ojen turut berjanji akan sentiasa berasa di sisi ibunya yang kini sedang berjuang dengan kanser.

“Along akan terus jaga mama ya, sampai mama sembuh. Mama kena janji mama kena bertahan dan panjang umur ya mama supaya mama boleh terus doakan kejayaan along,” tulisnya lagi.

Lebih sebak, dua beranak itu dilihat tidak dapat menitiskan air mata sambil berpelukan antara satu sama lain.

“Saya tahu anak saya ini merupakan seorang anak yang soleh, Allah pasti menjaga dia.

“Biarlah apa orang nak kata, semua orang ada kekurangan.

“Biarlah apa pun orang nak buat tapi pasti bisnes awak akan okay sebab mama reda dengan awak,” kata ibu Ojen.

Video itu kemudiannya mengundang reaksi sebak dalam kalangan warganet.

Netizen turut memuji usaha Ojen yang mahu mengubah penampilannya ke arah kebaikan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Must Watch Video

Advertisement