Skip to main content

Hiburan

Ojen Aiwah Terkilan Dituduh Guna Sakit Ibu Sebagai Konten Raih Simpati - “Jangan Ganggu Mama Saya…”

Ojen Aiwah

Sekilas

  • Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa selepas didakwa menggunakan ibunya yang menghidap kanser sebagai konten untuk meraih simpati.
  • Ojen menegaskan agar orang ramai tidak mengganggu ibunya dan memohon maaf jika ada yang terasa hati dengan tindakannya.
  • Beliau juga berkongsi bahawa ibunya telah dibenarkan keluar hospital selepas menjalani pembedahan usus baru-baru ini.

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa terkilan dan kecewa selepas didakwa menggunakan ibunya yang menghidap sakit kanser sebagai konten untuk meraih simpati.

Menerusi Instastory, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli berkongsi tangkap layar memaparkan komen tersebut yang dibuat oleh seorang individu.

Luah Ojen, individu berkenaan tidak sepatutnya berkata sedemikian terhadap ibunya.

“Tolong jangan cakap begini dan tolong jangan ganggu mama saya.

“Jangan berani cakap bukan-bukan pasal Mama. Kami tiada buat salah pun dengan kalian,” luah Ojen.

Dalam pada itu, Ojen yang terkenal dengan bisnes Kunafa Aiwah ini memohon maaf sekiranya ada mengguriskan hati mana-mana pihak sehingga ada yang sanggup melemparkan spekulasi tidak betul mengenai dirinya.

“Maafkan saya kalau saya belum jadi cukup sempurna di mata kalian. Saya betul-betul minta maaf.

“Saya doakan semoga awak tenang dan keluarga awak sihat-sihat ya,” kongsi Ojen.

Terdahulu, seorang individu mendakwa Ojen sanggup meraih simpati orang ramai dengan menggunakan sakit kanser dialami ibunya sebagai konten.

Dakwa individu itu, tangan ibunya tidak mempunyai kesan lebam seperti kebiasaan yang dialami pesakit kanser selepas menerima banyak suntikan.

Pada 14 Januari lalu, Ojen memaklumkan bahawa ibunya telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan usus.

Sumber: Instastory Ojen Aiwah

Must-Watch Video

Advertisement