Skip to main content

Hiburan

Oktober Yang Sibuk! Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Raikan Hari Bahagia Di KL, Muar & Sabah

Oktober Yang Sibuk! Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Raikan Hari Bahagia Di KL, Muar & Sabah

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq akan bernikah di Menara Merdeka 118, menjadi pasangan pertama yang diijabkabulkan di bangunan ikonik itu.
  • Mereka merancang beberapa majlis resepsi di Kuala Lumpur (18 Oktober), Muar, Johor (24 Oktober), dan Sabah (31 Oktober) dengan lokasi tepat akan diumumkan kemudian.
  • Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 dengan pertukaran dulang hantaran lima dan tujuh antara kedua pihak.
Advertisement

Selepas mengumumkan tarikh pernikahan mereka, pasangan, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi lokasi dan tarikh majlis resepsi.

Pasangan ini akan disatukan di bangunan ikonik negara dan bakal mencipta sejarah sebagai pasangan pertama yang diijabkabulkan di menara tersebut.

Advertisement

Lokasi pernikahan ini direalisasikan menerusi kolaborasi istimewa antara Astro dan Precinct Merdeka 118, menjadikan ikon Kuala Lumpur itu sebagai latar eksklusif untuk hari bahagia pasangan pengantin.

Majlis perkahwinan Bella dan Syed Saddiq tidak terhenti pada satu acara sahaja apabila mereka merancang untuk mengadakan beberapa majlis resepsi di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Muar, Johor dan Sabah.

Berikut merupakan tarikh bagi majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq

Advertisement

Kuala Lumpur: 18 Oktober

Muar, Johor: 25 Oktober

Sabah: 31 Oktober

Bagaimanapun, lokasi majlis akan diumumkan kemudian.

Sekadar info, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah mengikat tali pertunangan dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah pada 28 Mac 20026 di ibu negara.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Anda mungkin berminat dengan

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

Must Watch Video

Advertisement