Sekilas
- Elly Mazlein kembali aktif di platform Threads dan memperkenalkan dirinya sebagai pengguna baru.
- Dia meminta bantuan warga Threads untuk mengajarnya cara menggunakan aplikasi tersebut.
- Elly berseloroh mahu melantik diri sebagai Penolong Ketua Threads, menarik perhatian netizen yang turut berseloroh tentang persaingan jawatan itu.
Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein menyorot perhatian ramai apabila dilihat kembali aktif menerusi platform Threads.
Melabelkan dirinya sebagai ‘orang baru’, Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom meminta warga Threads untuk mengajarnya cara menggunakan aplikasi tersebut.
“Assalamualaikum warga Threads. Kepom (Elly) orang baru di sini.
“Orang-orang Threads boleh tak ajar Kepom macam mana nak main Threads,” tulisnya.
Namun dalam masa yang sama, pelantun lagu Janji Kekasih ini sempat berseloroh dengan mengatakan mahu melantik dirinya sebagai Penolong Ketua Threads
“Apa-apa pun Kepom syak nak lantik diri kepom sebagai Penolong Ketua Threads,on ke tidokkkkk?” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja namun berseloroh mengatakan Elly perlu bersaing dengan pelakon, Zila Bakarin untuk mendapatkan jawatan tersebut.
Sumber: Threads