Skip to main content

Hiburan

“Orang Cuma Nampak Janda Berhias, Asyik Melaram…” - Dr Fie Tawfek

Dr Fie Tawfek

Sekilas

  • Dr Afifah Hidayah, bekas isteri penyanyi Nubhan, berkongsi pengalaman sebagai ibu tunggal yang sering disalah tafsir oleh orang ramai selepas perpisahan mereka.
  • Beliau menegaskan bahawa ramai yang hanya prihatin ketika dia dalam kesedihan, tetapi mengabaikan usaha kerasnya membina semula kehidupan dan mengejar impian.
  • Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan lafaz talak Nubhan pada 26 Ogos lalu, mengesahkan perpisahan mereka selepas hampir sembilan tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak.
Advertisement

Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menyorot perhatian apabila meluahkan isi hatinya mengenai realiti yang dilalui selepas bergelar ibu tunggal.

Menerusi satu ciapan di Threads, Dr Afifah atau lebih mesra Dr Fie berpendapat, ramai yang mengambil berat ketika dia berada dalam fasa kesedihan, namun sebaliknya apabila dia mula sibuk membina semula kehidupan.

Advertisement

Menurutnya, ramai yang gemar melemparkan kata negatif terhadapnya tanpa mengetahui kepenatan dan pengorbanan yang perlu dilakukannya selepas berpisah dengan bekas suami.

“Funny how life works. Bila Fie sedih, ramai tanya, Fie okay ke? Dah makan?

“Tapi bila Fie sibuk membina hidup, kejar impian dan kerja siang malam, soalan tu dah tak ada.

“Orang cuma nampak, ‘janda berhias’. Asyik melaram,” luahnya.

Walau bagaimanapun, Dr Fie memaklumkan bahawa dia tidak berkecil hati dengan persepsi segelintir pihak kerana percaya tidak semua orang mengetahui perjuangan sebenar yang dilaluinya.

“Tak apa. Tak semua orang nampak penat di sebalik senyuman.

“Yang penting, Fie tahu setiap langkah ni bukan untuk impress sesiapa. It’s for the life I’m rebuilding,” luahnya lagi.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai pengikut yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat serta mendoakan agar Dr Fie.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Dr Fie sah bercerai dengan Nubhan selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Dr. Fie dan Nunhan mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement