Pelakon, Yuna Rahim meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang sering menjatuhkan orang lain dengan kata-kata negatif.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Yuna menyifatkan sesetengah pengguna media sosial terlalu bebas menghamburkan kritikan hingga mampu memberi kesan emosi kepada individu yang menjadi sasaran.
“Anda semua memang kejam dengan kata-kata, orang kita ni memang suka kutuk mengata,” tulisnya. 
Pelakon drama Impiana itu turut mengakui dirinya mudah terkesan apabila berdepan komen negatif.
“Kitonyo mudah affected,” tulisnya lagi. 
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat tampil memberikan kata-kata semangat dan sokongan buat Yuna agar terus kuat dan tidak mudah terpengaruh dengan komen-komen yang tidak membina.