Skip to main content

Berita

"Orang Yang Kita Kenal Boleh Jadi Asing" - Ryzall Noh Luah Realiti Patah Hati Dalam ‘Natijah Cinta’

Astro Gempak ryzall noh

Sekilas

  • Ryzall Noh, penyanyi dari Singapura, melancarkan single terbaru berjudul 'Natijah Cinta' yang mengisahkan tentang realiti hubungan, kehilangan, dan penerimaan perubahan.
  • Lagu ini menggabungkan elemen pop rock dengan sentuhan bunyi era 90-an dan moden, serta menampilkan lirik yang dekat dengan jiwa pendengar.
  • 'Natijah Cinta' kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital dan diharap membuka peluang baru untuk Ryzall di Malaysia.

Penyanyi kelahiran Singapura, Ryzall Noh tampil dengan single terbaharunya berjudul 'Natijah Cinta', sebuah karya yang menyentuh tentang realiti hubungan, kehilangan dan penerimaan terhadap perubahan dalam kehidupan.

Menurut Ryzall, perkataan "natijah" membawa maksud keputusan atau kesudahan daripada sesuatu peristiwa. Justeru, lagu tersebut lahir daripada kisah hubungan yang pada awalnya dibina dengan penuh harapan, namun akhirnya berubah tanpa disedari.

“Lagu ini bukan sekadar lagu cinta biasa. Ia lebih kepada rasa kecewa, kehilangan dan menerima hakikat bahawa manusia boleh berubah. Kadang-kadang orang yang paling kita kenal akhirnya menjadi orang yang paling asing dalam hidup kita,” katanya.

Sebelum bergerak secara solo, Ryzall pernah mencipta nama sebagai vokalis kumpulan Audionauts yang aktif sekitar tahun 2010 hingga 2017. Sepanjang tempoh itu, mereka berjaya meraih pelbagai pengiktirafan termasuk Kumpulan/Duo Terbaik di Anugerah Planet Muzik dan Lagu Tertinggi Royalti di Anugerah Compass Singapura.

Mengulas mengenai lagu baharunya itu, Ryzall mengakui terpikat dengan melodi serta lirik yang dianggap dekat dengan jiwa pendengar. Tambahnya, elemen pop rock bersama sentuhan bunyian era 90-an dan moden menjadikan 'Natijah Cinta' memiliki identitinya yang tersendiri.

“Bahagian korus lagu ini sangat mudah melekat di ingatan. Saya juga suka emosi yang dibawa dalam keseluruhan lagu ini. Saya mahu pendengar merasai sesuatu yang jujur dan organik apabila mendengarnya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ryzall mengakui cabaran terbesar adalah mendapatkan emosi dan tona vokal yang tepat ketika proses rakaman. Baginya, sesebuah lagu perlu mempunyai jiwa dan bukan sekadar kedengaran sempurna dari sudut teknikal.

Lagu ciptaan bersama Yazri Malik itu juga diharap dapat membuka lebih banyak peluang buat dirinya untuk mendekati peminat muzik di Malaysia yang sentiasa memberi sokongan terhadap karya-karyanya sejak dahulu lagi.

'Natijah Cinta' kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.


 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement