Penyanyi, Ashmirul mengakui dirinya masih terbawa-bawa dengan pengalaman menonton filem aksi-heist terbaru, Magik Rompak yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.
Menurut Ashmirul, kekuatan utama filem arahan Adrian Teh itu terletak pada jalan ceritanya yang sarat dengan kejutan.
“Saya memang tak boleh move on dengan Magik Rompak, dia punya plot twist memang unexpected.
“Setiap scene tu memang akan buat korang teruja, saya tak boleh kira nak bagi berapa bintang sebab best sangat,” katanya.
Mengulas pandangan segelintir yang menyamakan Magik Rompak dengan filem antarabangsa Now You See Me, Ashmirul menegaskan bahawa karya tempatan itu mempunyai identiti tersendiri.
“Mula-mula itu memang saya macam anggap ia macam filem Now You See Me tapi ianya inspirasi sahaja. Untuk filem Malaysia ia memang out of the box. Korang wajib tengok sebab feel dia sangat lain,” tambahnya.
Advertisement
Dibarisi pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Zul Ariffin, Amelia Henderson, dan Nadhir Nasar, Magik Rompak bukan sekadar menampilkan aksi mendebarkan tetapi juga gabungan elemen magis yang jarang diterokai dalam filem tempatan.
Filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 11 September 2025.