Skip to main content

Hiburan

Ozlynn Wati Kongsi Pengalaman Pernah Disindir Asyik Hamil Lagi - “Ada Seorang Artis Ini Sound Aku Kat Hospital…”

ASTROGEMPAK OzlynnWati

Sekilas

  • Pelakon Ozlynn Wati berkongsi pengalaman dikecam secara sinis oleh seorang selebriti ketika hamil di hospital.
  • Suami Ozlynn, pelawak Johan, cuba menenangkan keadaan dan menganggap teguran itu berpunca daripada cemburu.
  • Ozlynn juga mendedahkan pernah mengalami dua kali keguguran dan mendoakan agar mereka yang mengalami perkara sama diberi rezeki hamil semula.
Advertisement

Perkongsian seorang individu di Threads mengenai respons apabila fizikal dan wajah dikritik mendapat perhatian pelakon Ozlynn Wati yang turut berkongsi pengalamannya sendiri. 

 

Advertisement

Menurut Ozlynn, dia pernah berdepan teguran sinis mengenai fizikal dirinya ketika hamil daripada seorang selebriti.

 

Ozlynn berkata insiden itu berlaku ketika dia berada di hospital apabila seorang selebriti menegurnya dengan nada yang kurang enak di hadapan orang ramai.

Advertisement

 

“Aku penah ada seorang artis ni sound aku kat hospital… ‘hey! Mengandung lagi ke? Dah tak ada kerja dah? Mengandung je? Ha elok! mengandung la lagi!’.

 

“Dia cakap tu aku tak benti kat dia, jadi dia kuatkan nada dia depan orang ramai dan aku toleh sambil senyum dan blah lepas itu jerit ‘bye!’ tinggalkan dia tengah sorong stroller anak dia, dengan bibik dan PA dia,” kongsinya. 

 

Tambahnya, suaminya iaitu pelawak Johan yang berada di sisi ketika itu cuba menenangkan keadaan dan menganggap kata-kata tersebut berpunca daripada perasaan cemburu.

 

“Masa tu laki dia pun tak temankan dia… sedangkan I laki kat tepi tolak baby sambil cakap… ‘dia jealous tu tengok you jalan lenggang sambl I tolak baby kat sebelah… bagus you tak layan dia’,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Ozlynn turut sempat membalas salah satu komen wargamaya yang memberitahu dia pernah terserempak dengan aktres tersebut yang ketika itu dalam keadaan hamil.

 

Malah, Ozlynn turut mendedahkan dia pernah mengalami dua kali keguguran sebelum ini dan mendoakan agar individu yang juga melalui pengalaman sama akan diberikan rezeki untuk hamil lagi. 

 

“Dah lapan orang dah tapi dua dah simpan kt SANA… kalau masa kat Subang tu maybe anak nombor lima kot,” katanya. 

 

“Baby dah 22 weeks 🥹. Tak apa sabar banyak ok, dia dah tunggu awak kat sana.. InsyaAllah ada rezeki mengandung dan melahirkan aamiin yra,” ujarnya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement