Skip to main content

Hiburan

P Ramlee Saloma Mendonia! Mohsein Kush & Justin Seow Terharu Dengan Sokongan Padu Peminat Alpha

Alpha

Kejayaan lagu P. Ramlee Saloma nyanyian kumpulan Alpha bukan sahaja menyorot perhatian peminat malah turut menyentuh hati dua insan di sebalik pembikinannya iaitu  Mohsein Kush serta Justin Seow.

Menurut Justin, selaki komposer dan penulis lirik mereka tidak menyangka lagu berkenaan akan menerima sambutan luar biasa sehingga menjadi siulan ramai dan dinyanyikan bersama oleh penonton di setiap persembahan Alpha.

“Kami tak sangka lagu ini dapat memberi impak kepada pendengar. Bila kami buat lagu ini hanya kami sahaja yang dengar lagu ini. Namun selepas kami dengar semua orang sama-sama sing along rasa dia sangat lain. Kami berharap anda semua terus support lagu P Ramlee Saloma dan juga Alpha,” kata Justin. 

Dalam masa sama, Mohsein turut meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian Alpha yang berjaya menghidupkan lagu tersebut. 

Malah, Mohsein juga berharap lagu tersebut bakal dapat pengiktirafan dalam industri muzik Malaysia. 

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur, berbesar hati dan sangat berbangga dengan mereka. Alpha dah sampaikan lagu P Ramlee Saloma dengan baik sekali. 

“InsyaAllah, kita hanya mampu berdoa dan merancang, kalau anda semua terus memberi sokongan mana tahu satu hari nanti akan dapat masuk bertanding dalam anugerah yang tertinggi,” ujar Mohsein.

Sekadar info, lagu P Ramlee Saloma telah mencapai 7 juta pendengar di platform penstriman Spotify. 

Manakala untuk muzik video mereka berjaya meraih sebanyak 1.8 juta tontonan di Youtube. 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement