Skip to main content

Hiburan

Pagi Di Set ‘Shooting’, Tengah Hari Di Konti Radio, Haziq Hussni Syukur Anak Isteri Faham Tuntutan Kerjaya

Astro Gempak

Sekilas

  • Haziq Hussni menghadapi jadual kerja padat antara penggambaran drama Viu Original 'Sesaat Lebih' dan tugas sebagai penyampai radio ERA.
  • Pengalaman ini mengajar Haziq menghargai masa berkualiti bersama keluarga walaupun terpaksa berjauhan sementara penggambaran berlangsung.
  • Drama komedi romantik 12 episod ini akan ditayangkan secara eksklusif di Viu mulai 29 Januari 2026, dibintangi oleh Haziq dan beberapa pelakon lain.
Advertisement

Berdepan jadual kerja yang padat sehingga terpaksa berulang-alik antara set penggambaran dan konti radio dalam tempoh sama, pelakon dan penyampai ERA, Haziq Hussni tetap bersyukur apabila keluarga memahami tuntutan kerjayanya.

Menurut Haziq, jadual padat sepanjang tempoh penggambaran drama terbaharu Viu Original, Sesaat Lebih menjadi antara cabaran terbesar buat dirinya.

Advertisement

Namun, pengalaman tersebut  memberi pengajaran bermakna tentang erti kekeluargaan.

“Sepanjang 20 hari penggambaran, jadual memang sangat padat. Saya terpaksa tinggalkan keluarga sekejap. Tapi drama ini sebenarnya mengajar saya tentang menghargai keluarga.

“Jadual saya memang gila. Pagi saya pergi shooting, tengah hari saya ke konti radio (ERA), malam saya sambung shooting balik. Memang 20 hari yang penuh.

“Saya sangat bersyukur ada isteri dan anak-anak yang faham. Walaupun saya balik rumah mereka dah tidur, saya akan tetap cium dan peluk mereka. Pengalaman ini buat saya lebih menghargai masa berkualiti dengan keluarga. Saya sampai bawa mereka bercuti ke Taiwan selepas itu,” ujarnya.

Mengulas mengenai kesediaan untuk lebih serius dalam bidang lakonan, Haziq berkata dia terbuka sekiranya menerima tawaran yang bersesuaian dengan komitmen kerjayanya sebagai penyampai radio.

“Kalau ada peluang dan tawaran yang sesuai, saya akan pertimbangkan. Salah satu sebab saya ambil projek ini adalah kerana pihak pengurusan (ERA) dan produksi (Global Station) sudah berbincang tentang jadual yang fleksibel.

“Drama ini pun cuma 30 minit setiap episod, penggambaran 20 hari di Malaysia dan lima hari di Taiwan, jadi ianya masih terkawal. Kalau ada projek macam ini lagi, saya okay saja,” katanya.

Menerusi perkembangan lain, Viu, perkhidmatan penstriman video terkemuka di bawah PCCW, bakal menayangkan siri Viu Original terbaharu berjudul Sesaat Lebih (Just A Little Longer) yang mengandungi 12 episod bermula 29 Januari 2026. 

Drama bergenre komedi romantik itu akan bersiaran secara eksklusif di aplikasi Viu setiap Khamis dan Jumaat.

Selain Haziq, drama ini turut dibintangi Nabila Razali,  Alvn, Zila Bakarin, Hawra Jamalullail dan Fahmy Reza. 

Anda mungkin berminat dengan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Must Watch Video

Advertisement