Skip to main content

Hiburan

Pak Nil Tampil Jelaskan Isu Video Podcast Bersama Mia Sara - “Rakaman Dibuat Sebelum Kes Dengan Aqish Meledak”

xhshs

Sekilas

  • Datuk Aznil Haji Nawawi menjelaskan klip audio siar kendaliannya bersama Mia Sara Nasuha yang tular adalah rakaman podcast sebelum kontroversi Mia Sara dan Puteri Balqis berlaku.
  • Podcast tersebut dirakam untuk membincangkan kenyataan Mia Sara mengenai watak kanak-kanak yang diberikan kepadanya dan disiarkan pada 29 Januari di YouTube.
  • Dalam klip audio itu, Mia Sara mengaku kesilapan selepas komen negatifnya terhadap Puteri Balqis menimbulkan tanggapan buruk.
Advertisement

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan penularan klip sedutan audio siar kendaliannya yang memaparkan pelakon Mia Sara Nasuha sebagai tetamu, yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Aznil atau mesra disapa Pak Nil menjelaskan rakaman podcast berkenaan dibuat sebelum tercetusnya kontroversi membabitkan Mia Sara dan Puteri Balqis.

Advertisement

“Podcast ini dirakam selepas Mia Sara membuat kenyataan sedih diberi watak kanak-kanak sahaja. Podcast ini jemput Mia untuk ‘follow up’ kenyataan itu dan ia dirakam sebelum kes beliau dan Aqish meledak.

“Maaf Pak Nil tutup komen dan tujuan posting ini untuk jemput korang subscribe podcast Kita Kita Aje di YouTube dan tonton bual bicara ini bermula Khamis, 29 Januari, pukul 8 malam,” tulisnya.

Penjelasan tersebut dibuat susulan spekulasi dan reaksi pelbagai pihak terhadap klip audio siar berkenaan yang kembali menjadi perhatian selepas kontroversi melibatkan Mia Sara tercetus.

Advertisement

Terdahulu, menerusi audio siar tersebut, pelakon filem Sekali Lagi itu mengakui kekhilafannya selepas menulis komen negatif yang didakwa telah mengundang tanggapan buruk terhadap Puteri Balqis.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

UGREEN MFi Certified USB C To Lightning Cable PD 60W Fast Charging Data Transfer Apple iOS iPhone 14 Pro 13 12 11 iPad

UGREEN MFi Certified USB C To Lightning Cable PD 60W Fast Charging Data Transfer Apple iOS iPhone 14 Pro 13 12 11 iPad

QUICK installation Tempered Glass iPhone 17 Pro max 16 AIR 17e 16E 15 plus 14 13 12 11 X XR screen protector Full Clear

QUICK installation Tempered Glass iPhone 17 Pro max 16 AIR 17e 16E 15 plus 14 13 12 11 X XR screen protector Full Clear

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

YS-203 Wireless Karaoke Set

YS-203 Wireless Karaoke Set

Must Watch Video

Advertisement