Skip to main content

Hollywood

Pakai Busana Tradisional Jepun Ke Acara Di Seoul, Bintang Hollywood Dikecam Netizen Korea

Pakai Busana Tradisional Jepun Ke Acara Di Seoul, Bintang Hollywood Dikecam Netizen Korea

Sekilas

  • Pelakon Hollywood Ansel Elgort dikecam netizen Korea Selatan selepas hadir ke acara rasmi di Seoul memakai pakaian tradisional Jepun, yukata.
  • Acara ‘CJ Night in Celebration of Frieze Seoul’ mengumpulkan ramai selebriti Korea, namun penampilan Elgort dianggap tidak sesuai dengan kod pakaian 'Cocktail Attire'.
  • Netizen mempersoalkan sensitiviti budaya dan sejarah antara Korea dan Jepun, serta menganggap pilihan pakaian Elgort kurang menghormati budaya tempatan.
Advertisement

Pelakon Hollywood, Ansel Elgort, dikecam netizan Korea Selatan kerana hadir ke sebuah acara rasmi di Seoul dengan memakai pakaian tradisional Jepun, yukata.

Elgort menghadiri acara ‘CJ Night in Celebration of Frieze Seoul’ yang berlangsung di Leeum Museum of Art, Hannam-dong, Seoul pada 2 September lalu.

Advertisement

Acara anjuran CJ Group itu diadakan sempena penganjuran pesta seni antarabangsa Frieze Seoul dan menghimpunkan ramai nama besar industri hiburan serta seni Korea termasuk G-Dragon, Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Lee Min Jung dan pengarah terkenal Park Chan Wook.

Namun, kemunculan bintang Baby Driver dan West Side Story yang mengayakan Yukata pantas mencuri perhatian.

Yukata merupakan pakaian tradisional Jepun yang ringan dan biasanya dipakai ketika musim panas. Ia berbeza daripada kimono yang lebih formal, namun tetap menjadi sebahagian daripada budaya pakaian tradisional Jepun.

Foto Elgort kemudian tular dalam kalangan komuniti dalam talian dan media sosial Korea, sebelum netizen mula mempersoalkan pemilihan pakaiannya itu, lapor AllKPop.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk, “Dia tersalah turun di lapangan terbang ke?” dan “Kenapa pakai yukata di tengah-tengah Seoul?”

Ada juga netizen yang menganggap pilihan tersebut tidak sensitif terhadap sejarah hubungan Korea dan Jepun, malah menyifatkannya sebagai tidak sesuai serta kurang menghormati budaya tempatan.

Tidak kurang juga yang mendakwa Elgort mungkin sengaja memilih pakaian berkenaan.
“Dia memang buat dengan sengaja tak?” Ucap seorang netizen.

“Dengar cerita dia berkahwin dengan wanita Jepun. Sudah terpengaruh dengan tabiat pelik ke? Nampak macam sengaja pakai,” ujar yang lain.

Malah ada yang mencemuh: “Adab asas pun tak tahu” dan “Biadab dan langsung tak peka.”

Kontroversi itu menjadi lebih hangat apabila pihak penganjur memaklumkan semua tetamu telah diberikan panduan mengenai kod pakaian sebelum acara, iaitu “Cocktail Attire.”

Secara umumnya, kod pakaian tersebut merujuk kepada busana separa formal yang kemas dan sesuai untuk majlis seperti parti koktel atau acara rasmi.

Justeru, penampilan Elgort yang dilihat tidak selari dengan kod pakaian berkenaan turut mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Malah, penampilannya kelihatan agak berbeza berbanding kebanyakan tetamu lain termasuk Lee Byung Hun dan Jang Hyuk yang hadir segak dalam sut.

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Must Watch Video

Advertisement