Skip to main content

Hiburan

Pakaian Lama Disedekah, Dijual, Shikin Maembong Masih Biasakan Diri Berhijab - “Saya Belum Sempurna Lagi…”

Pakaian Lama Disedekah, Dijual, Shikin Maembong Masih Biasakan Diri Berhijab - “Saya Belum Sempurna Lagi…”

Sekilas

  • Shikin Maembong sedang menjalani proses berhijab secara perlahan-lahan sambil menyesuaikan gaya pemakaian dengan imej baru.
  • Dia masih menggunakan sebahagian pakaian lama dengan pengubahsuaian seperti lapisan dalam dan pakaian labuh, serta menyedekahkan pakaian yang tidak lagi sesuai.
  • Shikin berkahwin dengan penyanyi Cat Farish pada Julai 2024 dan penampilan berhijabnya dianggap hadiah istimewa buat suaminya.
Advertisement

Isteri kepada penyanyi Cat Farish, Shikin Maembong mengakui proses berhijab masih dilakukan secara perlahan-lahan terutama dalam menyesuaikan gaya pemakaian dengan penampilan baharunya.

Menurut Shikin, keputusan untuk menutup aurat bukan sesuatu yang mudah selain memerlukan masa untuk menggantikan hampir keseluruhan koleksi pakaian sedia ada.

Advertisement

“Sebenarnya keputusan bertudung ini agak berat juga. Jadi apabila kita memutuskan untuk berubah ke arah kebaikan, bukanlah terus 100 peratus.

“Maksudnya saya masih belum sempurna lagi tetapi perlahan-lahan, insya-Allah. Doakan saya.

“Bila kita nak menutup aurat, kita kena tukar koleksi pakaian hampir 100 peratus. Jadi perlahan-lahan kena cari baju yang labuh,” katanya.

Advertisement

Shikin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Siluman: Dendam Harimau Jadian di Kuala Lumpur, petang Khamis.

Tambahnya, buat masa ini dia masih menggunakan sebahagian pakaian lama namun menggayakannya semula supaya lebih sesuai dengan imej berhijab.

“Ada juga pakaian lama yang saya pakai semula tetapi saya cuba sesuaikan dengan pemakaian lapisan dalam, pakaian yang lebih labuh atau digayakan bersama seluar.

“Fesyen itu masih boleh dipadankan dengan apa yang ada sekarang. Saya memang tengah menuju ke arah kebaikan.

“Jadi doakan saya perlahan-lahan untuk menutup semuanya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shikin berkata, sebahagian pakaian yang tidak lagi digunakan disedekahkan atau diberikan kepada adiknya, Yaya untuk dijual sebagai pakaian terpakai.

“Sebenarnya memang nak lepaskan. Ada yang saya sedekahkan dan bagi sahaja kepada orang.

“Macam sekarang ini, adik saya Yaya ada jual baju terpakai. Jadi pakaian yang saya sudah tidak pakai memang dia akan kumpulkan dan kita bagi untuk dijual di kedai pakaian terpakai dia,” jelasnya.

Mengulas pandangan sesetengah pihak mengenai pemberian pakaian yang dianggap terlalu seksi kepada orang lain, Shikin berkata, kebanyakan koleksinya tidak keterlaluan namun tetap memilih untuk membuang pakaian yang dirasakan tidak lagi sesuai.

“Sebenarnya baju saya tidaklah terlalu seksi. Tetapi kalau saya rasa ia tidak bersesuaian, memang ada juga baju yang saya buang sahaja,” katanya.

Pada Julai lalu, Shikin mencuri perhatian apabila tampil berhijab sekali gus disifatkan sebagai hadiah istimewa buat suaminya.

Untuk rekod, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 52, dan Shikin mendirikan rumah tangga pada 13 Julai 2024.

Anda mungkin berminat dengan

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

Must Watch Video

Advertisement