Skip to main content

Hiburan

“Paling Random Tiba-Tiba Beli…” - Syad Mutalib Mudah Terpengaruh, Gemar Check-Out Barangan TikTok Tengah Malam

Selain pakaian, Syad juga berkongsi sering membeli pelbagai barangan rumah di platform tersebut.

Sekilas

  • Syad Mutalib gemar membeli-belah di TikTok Shop kerana harga barangan yang berpatutan dan pelbagai pilihan termasuk pakaian dan barangan rumah.
  • Dia mudah terpengaruh dengan promosi pempengaruh dan ejen afiliat di TikTok walaupun tidak menonton siaran langsung.
  • Syad mengakui pengalaman membeli secara fizikal di kedai tetap ada keistimewaannya terutama untuk barangan seperti beg.
Advertisement

Pelakon, Syad Mutalib mengakui dirinya gemar membeli-belah secara dalam talian, khususnya menerusi TikTok Shop kerana menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.

Selain pakaian, Syad juga berkongsi sering membeli pelbagai barangan rumah di platform tersebut.

Advertisement

“Saya suka membeli-belah di TikTok, sangat murah dan cantik. Kadang-kadang random barangan yang saya beli macam barang-barang dapur, even penapis minyak pun saya beli di TikTok.

“Tapi saya rasa function macam bila kita jumpa benda cantik, tapi bergantung pada nasib. Kadang-kadang sampai barang tu kecil, baju selalunya okay sebab dah biasa, mungkin saya akan ambil saiz besar sedikit,” katanya.

Syad turut mengakui dirinya mudah terpengaruh dengan kandungan yang dipromosikan oleh pempengaruh atau ejen afiliat di TikTok.

Katanya, walaupun tidak menonton siaran langsung (live), dia tetap mudah membuat pembelian selepas melihat video promosi.

“Selalunya saya akan check out malam. Dia bising juga sebab parcel saya akan sampai 3 hingga 4 barang, jadi dia kata beli benda murah-murah pun mahal juga, tapi saya akan still keep on beli.

“Saya cepat terpengaruh kadang-kadang bukan masuk live pun bila tengok affiliate kan saya tengok cantik and also paling random tiba-tiba beli paru-paru crispy,” ujarnya.

Walaupun gemar membeli-belah secara dalam talian, Syad berkata pengalaman membeli secara fizikal di kedai masih mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Saya rasa kepuasan membeli online dan offline itu berbeza. Bergantung kepada barang, kalau baju ke apa tak kisah sangat tapi kalau bag ke apa saya akan pergi kedai,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement