Sekilas
- Datuk Pandelela Rinong berkongsi rasa kecewa terhadap pengakhiran drama Indonesia popular, Ipar Adalah Maut The Series, yang dianggapnya tidak masuk akal.
- Beliau menyifatkan plot twist drama tersebut sengaja dipanjangkan dan mengarut.
- Reaksi Pandelela mendapat perhatian ramai netizen yang bersetuju dan terhibur dengan pandangannya terhadap drama itu.
Atlet terjun wanita negara, Datuk Pandelela Rinong menyorot perhatian apabila berkongsi perasaannya selepas menonton drama bersiri terkenal Indonesia, Ipar Adalah Maut The Series.
Menerusi Threads, pemegang pingat perak temasya Olimpik London 2012 itu merasakan pengakhiran bagi drama tersebut sebagai tidak masuk akal dan menjengkelkan.
“Plot twist yang sengaja ditambah nak panjangkan cerita pun dah mengarut, sekarang ending drama ini pun tak masuk akal,” kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat respon ramai yang rata-ratanya terhibur dengan reaksi Pandelela.
Malah, mereka bersetuju dengan Pandelela dan merasakan pengakhiran drama itu sebgai tergantung.
“Bikin panas ending dia.
“Kami setuju and we feel you.
“Baru tahu ratu terjun negara pun layan sinetron,” komen netizen.
Sumber: Threads Pandelela Rinong