Skip to main content

Konsert

Panggung Purnama Bakal Jadi Reunion Manis Fugo, Bilal Indrajaya & Pamungkas

panggung_purnama

Kumpulan Fugo yang menjadi wakil tunggal Malaysia dalam Panggung Purnama menyifatkan pembabitan satu pentas bersama Bilal Indrajaya dan Pamungkas sebagai mini reunion buat mereka.

Hal ini lantaran kumpulan yang terkenal dengan Lagu Balada Kala Hujan itu sempat berkongsi panggung bersama dua penyanyi Indonesia itu hujung tahun lalu.

Advertisement

Namun di Panggung Purnama yang dibawakan oleh UdaraLaskhar, ia merupakan penampilan berbeza dan lebih istimewa.

Fugo bersedia tampil dengan lagu-lagu yang belum pernah didendangkan sebelum ini di Zepp Kuala Lumpur pada 28 September 2025 ; begitu juga Pamungkas.

“Panggung Purnama menjadi seperti reunion ‘manis’ buat Fugo dan Bilal Indrajaya serta Pamungkas.

“Walaupun pernah terlibat dalam satu festival sebelum ini, di Panggung Purnama lebih istimewa. Fugo bersedia tampil dengan lebih banyak lagu daripada kebiasaan,” janji kumpulan dengan tiga anak muda berbakat besar ini.

Pamungkas yang ditemu bual secara maya mengaku teruja kembali ke Malaysia dan beraksi di Panggung Purnama kerana pertama kali akan mempersembahkan karya terbaharunya.

Malah pemuzik ini mengaku terlibat dengan Panggung Purnama bukan kerana bayaran semata-mata tetapi nilai sentimental yang sentiasa ada tentang dirinya dan peminat di Malaysia.

“Adalah kesempatan yang baik untuk bermain dirinya Panggung Purnama yang nanti akan menjadi medan perdana saya menyanyikan single terkini, Sambung,” katanya pada sidang media yang diadakan di Bijou Cafe, Ara Damansara.

Buat penganjur pula, menampilkan Fugo, Bilal dan Pamungkas dalam Panggung Purnama adalah sebuah hal yang istimewa kerana elemen muzik dan tarikan yang ada pada ketiga-tiga pemuzik ini sekaligus mampu menarik peminat hadir ke konser yang dianjurkan.

“Walaupun banyak penganjuran konsert sekarang, kami yakin Panggung Purnama punya tarikan tersendiri kerana Fugo, Pamungkas dan Bilal Indrajaya adalah produk yang baik.

“Mereka mempunyai kelompok peminat sendiri. Tiket juga berjalan baik dan semoga lebih laris sehingga konsert kelak,” ujar wakil penganjur John Labu.

Jadi dapatkan tiket dengan kategori Bintang (RM179), Langit (RM199), Awan
(RM249), Bumi (RM239) dan Purnama (RM399) boleh diperoleh menerusi
www.ilassotickets.com.

Jangan lupa menghabiskan malam anda bersenang-senang bersama Fugo, Pamungkas dan Bilal Indrajaya pada 28 September ini di Zepp Kuala Lumpur.

Must-Watch Video