Skip to main content

Hiburan

Papa Zola Dah Jadi Oppa, Tembusi Pawagam Korea Selatan September ini

Papa Zola Dah Jadi Oppa, Tembusi Pawagam Korea Selatan September ini

Sekilas

  • Filem animasi Papa Zola The Movie akan ditayangkan di pawagam seluruh Korea Selatan bermula 2 September 2026.
  • Ini menjadikan Papa Zola The Movie filem MONSTA kedua selepas BoBoiBoy The Movie yang berjaya menembusi pasaran Korea Selatan.
  • Filem ini juga dijadualkan tayangan di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Australia, New Zealand dan India selepas itu.
Advertisement

Filem animasi No.1 Malaysia, Papa Zola The Movie bakal melakar satu lagi sejadah apabila secara rasmi ditayangkan di pawagam seluruh Korea Selatan bermula 2 September depan.

Daripada gelaran ‘Papa’, watak animasi popular itu kini bakal dikenali sebagai ‘Oppa’ dan bakal menyapa penonton di Korea Selatan menerusi aksi, pengembaraan dan jenaka yang pastinya akan menjadi tarikan penonton di sana.

Advertisement

Pencapaian tersebut turut menjadikan Papa Zola The Movie sebagai filem MONSTA kedua yang berjaya menembusi pawagam Korea Selatan selepas BoBoiBoy The Movie pada 2016.

Menurut Pengarah Media MONSTA, Faiz Zainal Aabidin, kejayaan itu cukup bermakna kerana ia membuktikan karya dan budaya Malaysia yang diketengahkan MONSTA mendapat kepercayaan pengedar antarabangsa.

“Kami amat menghargai kepercayaan rakan pengedar dan pawagam di Korea Selatan yang melihat potensi Papa Zola The Movie dan memilih untuk membawa filem ini kepada penonton Korea Selatan.
“Bagi kami, kepercayaan ini bukan sahaja satu peluang untuk memperkenalkan animasi Malaysia, tetapi juga satu pengiktirafan bahawa cerita yang kami hasilkan mempunyai daya tarikan yang boleh merentasi budaya dan sempadan,” katanya.

Tidak terhenti di Korea Selatan, Papa Zola The Movie dijadualkan meneruskan tayangan di beberapa pasaran lain termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait pada 23 September 2026.

Filem berkenaan kemudiannya bakal mengembangkan tayangan ke Australia, New Zealand dan India.

Papa Zola The Movie akan ditayangkan di pawagam Korea Selatan mulai 2 September 2026.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement