Sekilas
- Papa Zola The Movie berjaya menduduki tangga pertama dalam carta Top 10 filem di pawagam tempatan, mengatasi filem antarabangsa seperti Avatar: Fire And Ash dan Zootopia 2.
- Filem animasi arahan Nizam Razak ini mendapat pujian kerana mengangkat nilai kekeluargaan dan kisah tanggungjawab seorang bapa yang dekat dengan realiti kehidupan seharian.
- Filem keluaran MONSTA dan Astro Shaw ini sesuai untuk semua peringkat umur dan membuktikan filem animasi tempatan mampu bersaing di pasaran Malaysia.
Papa Zola The Movie mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menduduki tangga pertama dalam carta Top 10 filem ditayangkan di pawagam tempatan, sekali gus mengatasi beberapa filem antarabangsa yang turut ditayangkan.
Antara filem antarabangsa yang diatasi Papa Zola The Movie termasuklah Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2, Five Nights At Freddy’s 2 dan banyak lagi.
Kejayaan ini menunjukkan Papa Zola The Movie bukan sekadar nombor satu di catar namun membuktikan bahawa filem animasi tempatan juga mampu berdaya saing dan mendapat sokongan penonton Malaysia.
Sejak filem ini mula ditayangkan 11 Disember lalu, ramai penonton memberikan maklum balas positif sambil menyifatkan filem arahan Nizam Razak ini begitu
sarat dengan nilai kekeluargaan yang dekat dengan realiti kehidupan seharian.
Di media sosial, rata-rata penonton meluahkan rasa ‘attach’ dengan filem ini kerana jalan ceritanya yang menyentuh soal tanggungjawab Papa Zola sebagai seorang bapa yang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga.
Elemen yang diterapkan dalam filem keluaran MONSTA dan Astro Shaw ini juga menjadikan ianya bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malahan sangat relevan untuk golongan dewasa sekaligus memperbetulkan persepsi bahawa filem animasi bukan sahaja sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Jadi apa tunggu lagi? Buat mereka yang masih belum berkesempatan untuk menyaksikan Papa Zola The Movie, jangan lupa buat pembelian tiket dan tonton di pawagam berdekatan anda.