Skip to main content

Hiburan

Papa Zola ‘Muncul’ Dalam Aplikasi Grab, Pengguna Luah Rasa Teruja

Papa Zola The Movie

Sekilas

  • Watak animasi Papa Zola kini muncul dalam aplikasi Grab, menarik perhatian pengguna dengan ilustrasi kreatif semasa pemandu menghantar penumpang.
  • Filem Papa Zola The Movie mencatat kutipan box office RM59.8 juta di Malaysia dan masih ditayangkan di pawagam Malaysia serta Brunei.
  • Filem ini akan mula ditayangkan di Indonesia pada Januari 2026 dan di India, Vietnam serta beberapa negara Timur Tengah pada April 2026.

Watak animasi, Papa Zola mencuri perhatian apabila ‘muncul’ menerusi aplikasi Grab, sekali gus mengejutkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Menerusi visual dalam aplikasi, logo kereta yang serinf dipaparkan ketika pemandu dalam perjalanan untuk mengambil dan menghantar penumpang turut disertakan dengan ilustrasi karakter Papa Zola.

Paparan ilustrasi itu dilihat selari dan sejajar dengan karakter Papa Zola yang bekerja sebagai rakan penghantar makanan serta pemandu van sekolah demi merealisasikan impian isteri dan anaknya iaitu Mama Zila dan Pipi untuk pergi bercuti.

Perkara ini turut mencetuskan rasa teruja dalam kalangan pengguna yang turut menganggap ianya sebagai satu pendekatan yang kreatif dalam mempromosikan filem animasi tersebut.

Setakat 15 Januari, filem Papa Zola The Movie mencipta sejarah apabila berjaya mencatat kutipan box office sebanyak RM59.8 juta menerusi tayangan di Malaysia.

Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).

Namun keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi, diculik makhluk asing. Papa Zola bersama Mama Zila perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman tersebut.

Filem Papa Zola The Movie masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Filem ini bakal melangkah panggung Indonesia bermula 23 Januari 2026.

Filem ini juga akan muncul di layar perak di India, Vietnam dan pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026

Must-Watch Video

Advertisement