Skip to main content

Hiburan

Parisa Ardina Hadiahkan Kereta EV Buat Ibu, Syukur Impian Tercapai - “Korang Tak Tahu Betapa Besarnya…”

Parisa menyifatkan detik itu sebagai antara pencapaian terbesar dalam hidupnya selepas sekian lama berdoa agar diberikan rezeki untuk membahagiakan insan yang paling banyak berkorban buat dirinya.

Sekilas

  • Parisa Ardina berkongsi kegembiraan selepas berjaya menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu tersayang sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan ibu.
  • Pelakon dan personaliti media sosial itu menganggap pencapaian ini sebagai antara detik terbesar dalam hidupnya yang membuatkan segala usaha berbaloi.
  • Rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah dan sokongan atas kejayaan Parisa membahagiakan ibu melalui perkongsiannya di Threads.
Advertisement

Pelakon dan personaliti media sosial, Parisa Ardina meluahkan rasa syukur selepas berjaya merealisasikan impiannya  iaitu menghadiahkan sebuah kereta buat ibu tersayang.

Menerusi perkongsian di Threads, Parisa menyifatkan detik itu sebagai antara pencapaian terbesar dalam hidupnya selepas sekian lama berdoa agar diberikan rezeki untuk membahagiakan insan yang paling banyak berkorban buat dirinya.

Advertisement

“Alhamdulillah, antara perkara terbesar yang saya sentiasa doakan adalah untuk dapat belikan sebuah kereta buat ibu saya. Hari ini, akhirnya saya berjaya merealisasikannya.

“Melihat dia bahagia membuatkan setiap titik peluh dan kerja keras yang saya lalui terasa sangat berbaloi,” tulisnya.

Parisa turut menzahirkan rasa syukur atas segala rezeki yang dikurniakan Allah serta tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya.

“Saya sangat bersyukur dengan rezeki ini dan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya sepanjang perjalanan ini. Korang tak tahu betapa besarnya makna momen ini buat saya,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Parisa atas kejayaannya membahagiakan ibu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement