Skip to main content

Hollywood

Pasang LED Masjid, Kutuk Isra*l & AS, Persembahan The Strokes ‘Berani Mati’

Astro Gempak the stroke

Sekilas

  • The Strokes menjadi trending selepas persembahan kontroversi di Festival Coachella dengan mesej protes politik terhadap operasi CIA dan kemusnahan di Timur Tengah.
  • Persembahan mereka menampilkan visual kemusnahan Israel terhadap Gaza dan Amerika Syarikat terhadap Iran, serta menggunakan LED masjid sebagai latar belakang.
  • Klip persembahan tersebut mendapat 3.7 juta tontonan dalam sehari di platform X, namun kumpulan itu belum keluarkan kenyataan rasmi mengenai protes mereka.
Advertisement

Kumpulan asal Amerika Syarikat, The Strokes menjadi trending di internet selepas membuat persembahan yang disifatkan ‘berani mati’ sewaktu muncul di Festival Coachella minggu kedua, hujung minggu lalu.

The Strokes bukan hanya memukan peminat menerusi lagu hit mereka tetapi membawa mesej dan tema besar kepada dunia apabila menyampaikan protes politik dengan menuduh ejen CIA  telah menjalankan operasi atau rejim yang memberi impak besar kepada negara selama berdekad-dekad.

Advertisement

Persembahan mereka juga dipenuhi dengan visual  kemusnahan Israel membedil bom terhadap Gaza dan Amerika Syarikat memusnahkan Iran.

Mesej tersebut antaranya digunakan sewaktu The Strokes membawa lagu Oblivius yang tidak dipersembahkan pada kemunculan mereka di festival sama pada 2016 silam, lapor Variety.

Vokalisnya, Julian Casablancas juga mengulang korus lagu tersebut beberapa kali yang berbunyi: “What side you standing on” (anda bersiapa siapa).

Lebih menarik, kumpulan ini juga menampilkan LED masjid sebagai latar belakang serta gambaran kemusnahan yang telah dibuat Amerika terhadap Timur Tengah dengan kaspyen berbunyi: “Lebih 30 universiti telah musnah di Iran” sebelum menutup konsert mereka.

Satu satu klip persembahan yang disifatkan kontroversi itu malah ditonton sebanyak 3.7 juta kali di platform X dalam tempoh semalaman.

Kumpulan tersebut bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang tindakan rasmi mengenai konsep persembahn dan protes lantang mereka terhadap sikap keji Amerika.

Tahun lalu, kumpulan hip hop Kneecap juga mengecam tindakan Israel dengan menjerit: “F--- Israel, Free Palestine” di festival sama.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement