Sekilas
- Datuk Seri Vida mengingatkan tetamu majlis perkahwinan supaya tidak membebankan pasangan pengantin dengan permintaan yang tidak perlu.
- Beliau menegaskan bahawa tujuan utama hadir adalah untuk meraikan dan menyantuni pasangan mempelai pada hari bahagia mereka.
- DSV berkongsi pengalamannya menghadiri majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq dengan fokus memberi ucapan tahniah tanpa mengutamakan tempat duduk atau makanan.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mengingatkan orang ramai supaya tidak membebankan pasangan pengantin dengan perkara yang tidak sepatutnya ketika menghadiri majlis perkahwinan.
Menurut DSV atau nama sebenarnya Hazmiza Othman, tetamu seharusnya hadir untuk meraikan hari bahagia pasangan mempelai, bukannya membuatkan mereka perlu bersusah payah melayan keperluan tetamu pada hari istimewa tersebut.
“Apabila datang ke majlis perkahwinan, kalau boleh jangan membebankan newlyweds dengan perkara tidak sepatutnya.
“Patutnya kita meraikan, menyantuni kedua mempelai, bukan mereka yang meraikan tetamu. Itu hari berbahagia mereka, isikan hari istimewa mereka dengan perkara yang indah-indah,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, DSV turut berkongsi pengalamannya menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, baru-baru ini.
Jelas DSV, meskipun lewat ke majlis berkenaan, dia tidak meletakkan keutamaan untuk mencari tempat duduk mahupun makanan kerana tujuan utamanya adalah untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
“Saya pun lambat sampai ke majlis. Saya tak terfikir untuk mencari tempat duduk atau makanan. Purposely untuk ucapkan congratulations.
“Dan setibanya saya di dewan, saya terus menyantuni keluarga pasangan dan berjumpa YB dan Bella,” katanya.