Skip to main content

Hiburan

Pecah Masuk Kafe Bukan Curi Duit Tapi Curi Kek - “Suspek Dipercayai Kekurangan Gula”

Sekilas

  • Seorang pencuri di Jerman memecah masuk ke sebuah kafe tetapi hanya mencuri sebiji kek dan dua pek aiskrim tanpa mengusik mesin wang tunai.
  • Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi di bandar Bad Salzuflen, North Rhine-Westphalia, berhampiran taman spa.
  • Polis sedang memburu suspek dan menyiasat sama ada dia sengaja menyasarkan makanan manis atau bertindak kerana kelaparan ketika melakukan jenayah itu.
Advertisement

Seorang pencuri di Jerman mencuri perhatian apabila memecah masuk ke sebuah kafe, namun bukannya melarikan wang tunai sebaliknya anya mengambil sebiji kek dan dua pek aiskrim.

Menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa), kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi Sabtu berhampiran sebuah taman spa di bandar Bad Salzuflen, North Rhine-Westphalia.

Advertisement

Difahamkan, suspek tidak mengusik mesin wang tunai di premis berkenaan dan sebaliknya hanya mengambil makanan manis tersebut sebelum beredar.

Polis kini sedang memburu pelaku selain cuba mengenal pasti motif sebenar kejadian.

“Kami masih tidak tahu sama ada dia memang menyasarkan makanan manis itu atau sama ada dia tiba-tiba berasa lapar ketika melakukan jenayah itu,” kata jurucakap polis.

Suspek dipercayai mengalami ‘kekurangan gula’ ketika melakukan jenayah berkenaan, namun perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.
H: Pecah Masuk Kafe Bukan Curi Duit Tapi Curi Kek - “Suspek Dipercayai Kekurangan Gula”

Seorang pencuri di Jerman mencuri perhatian apabila memecah masuk ke sebuah kafe, namun bukannya melarikan wang tunai sebaliknya anya mengambil sebiji kek dan dua pek aiskrim.

Menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa), kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi Sabtu berhampiran sebuah taman spa di bandar Bad Salzuflen, North Rhine-Westphalia.

Difahamkan, suspek tidak mengusik mesin wang tunai di premis berkenaan dan sebaliknya hanya mengambil makanan manis tersebut sebelum beredar.

Polis kini sedang memburu pelaku selain cuba mengenal pasti motif sebenar kejadian.

“Kami masih tidak tahu sama ada dia memang menyasarkan makanan manis itu atau sama ada dia tiba-tiba berasa lapar ketika melakukan jenayah itu,” kata jurucakap polis.

Suspek dipercayai mengalami ‘kekurangan gula’ ketika melakukan jenayah berkenaan, namun perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement