Skip to main content

Hiburan

Pecah Rekod Siti Nurhaliza, Umairah Jadi Pemenang Termuda ABP - “Di Usia 14 Tahun Ini…”

gg

Sekilas

  • Umairah muncul sebagai pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular (ABP37) pada usia 14 tahun.
  • Dia memecahkan rekod pemenang termuda yang sebelum ini dipegang oleh ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
  • Umairah mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi dan menganggap kemenangan ini sebagai pengalaman paling indah dalam hidupnya.

Penyanyi, Umairah mencipta rekod tersendiri apabila muncul selaku pemenang bagi kategori Artis Baru Wanita Popular (ABP37).

Tidak menjangkakan kemenangan itu, Umairah menyifatkannya sebagai momen terindah di dalam hidupnya sepanjang 14 tahun.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya. Di usia 14 tahun ini, ini pengalaman paling indah.

“Saya tak terfikir pun akan menang anugerah ini,” ujarnya.

Anak kepada penyanyi, Siti Sairah itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media ABP37 yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Umairah juga tidak menyangka dirinya bakal memecahkan rekod yang dipegang oleh ibu saudaranya yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pemenang termuda dalam sejarah Anugerah Bintang Paling Popular.

“Saya pun tak percaya yang saya akan memecahkan rekod Siti Nurhaliza sebagai pemenang termuda. Sejak kecil saya selalu tonton ibu saudara saya menang anugerah.

“Saya pernah bercakap dengan nenek yang satu hari nanti, saya juga nak memang anugerah seperti itu. Kata nenek, saya perlu bekerja keras sama seperti Mak Iti,” katanya lagi.

Selain Umai, sembilan pencabar lain iaitu Aqeesh Aleeya, Arabella Ellen, Arena Wan, Auni Yusri, Marygrace, Qila Shahirah, Qistina Rania, Saidah Kamarudin dan Wanie Ooi.

Must-Watch Video

Advertisement