Skip to main content

Selebriti

Pelajar Makin Hilang Disiplin, Nadzmi Adhwa Saran Kembalikan Rotan! - “Zaman Dulu Kalau Cikgu Marah, Mak Ayah Akan Tambah Bukan ‘Back Up’ Anak”

Pelajar Makin Hilang Disiplin, Nadzmi Adhwa Saran Kembalikan Rotan

Susulan isu mengenai disiplin pelajar yang hangat diperkatakan di media sosial, pelakon, Nadzmi Adhwa  memberi cadangan untuk mengembalikan hukuman rotan di sekolah.

Nadzmi berkongsi pandanhannya itu menerusi hantaran di platform Threads pada Selasa.

Advertisement

Menurut Nadzmi, penggunaan rotan merupakan antara salah satu method berjaya dalam membentuk generasi yang lebih berdisiplin suatu ketika dahulu.

“Mak ayah saya cikgu yang dah pencen. Zaman kita dulu kalau cikgu marah, mak ayah akan tambah dekat rumah bukan backup anak.

“Kalau salah tu tetap salah! Siapa je tak pernah kena rotan? Tarik rambut tepi telinga? Cubit? Itu membuatkan kita jadi manusia berguna di masa depan. Kembalikan Rotan!” tulisnya.

Selain rotan, Nadzmi juga turut memberi cadangan untuk kembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Kembalikan UPSR, dengan PMR supaya budak budak ni tak ada masa nak buat benda yang tak ad otak!” tulisnya.

Terdahulu, sering tular di media sosial kebelakangan ini mengenai isu masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah yang kian membimbangkan seperti kes buli, rogol dan terbaharu isu berkaitan pelajar sekolah menengah menikam pelajar lain.

Must-Watch Video

Advertisement