Skip to main content

Antarabangsa

Pelakon Alami Tekanan Mental Tinggalkan Dunia Lakonan, Kini Kerja Pembersihan

Pelakon Alami Tekanan Mental Tinggalkan Dunia Lakonan, Kini Kerja Pembersihan

Sekilas

  • Pelakon Jepun, Kota Miura, mengumumkan persaraan dari dunia lakonan pada usia 24 tahun selepas mengalami tekanan mental dan kekurangan tawaran berlakon sejak pandemik COVID-19.
  • Miura kini bekerja di syarikat pembersihan Peekaboo yang dikendalikan oleh pelawak Irie Shinya, selepas menghantar mesej dan menghadiri temu duga pada pertengahan 2021.
  • Keputusan Miura meninggalkan industri hiburan mengejutkan peminat, namun mendapat pujian netizen Jepun atas keberanian dan usaha memulakan kehidupan baru yang lebih tenang.
Advertisement

Pelakon popular Jepun, Kota Miura, mengejutkan peminat apabila mendedahkan dirinya sudah meninggalkan dunia lakonan atau bersara.

Lebih mengejutkan, bintang berusia 24 tahun yang cukup sinonim dengan lakonannya dalam Bad Guy dan Kamen Rider Amazon memilih pekerjaan yang di luar pemikiran semua peminat.

Advertisement

Daripada bekerja dalam bidang glamor dan sering dikelilingi peminat menerusi watak Takeshi Kurosaki dalam Kamen Rider Amazon, Miura kini bekerja di sebuah syarikat pembersihan.

Menerusi kemunculannya sebagai tetamu dalam program larut malam Fuji TV, Bee The TOP, Miura berkongsi kisah di sebalik keputusan drastik tersebut.

Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk bersara daripada industri hiburan selepas kerjaya sebagai pelakon memberi tekanan yang cukup besar terhadap mental dan emosinya.

Lebih menyedihkan, keadaan itu bertambah sukar apabila dia mula tidak menerima tawaran berlakon dalam drama susulan pandemik COVID-19 pada 2020, lapor AllKPop.

Situasi berkenaan akhirnya membuatkan pelakon itu memilih untuk membawa haluan baharu dalam hidupnya.

Selepas meninggalkan dunia lakonan, Miura mula melakukan kerja sambilan bagi menampung kehidupan sehariannya.

Namun, secara tidak sengaja, dia kemudian menemui sebuah syarikat pembersihan yang dikendalikan oleh pelawak yang kini bergelar ahli perniagaan, Irie Shinya.

Pada Jun 2021, dia memberanikan diri menghantar mesej kepada Irie sebelum menghadiri sesi temu duga bersama syarikat berkenaan.

Tidak lama kemudian, pada Julai 2021, Miura secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada industri hiburan dan menyertai Peekaboo, syarikat pembersihan milik Irie.

Walaupun keputusan tersebut mengejutkan ramai peminat, netizen Jepun ternyata kagum dengan keberaniannya meninggalkan kerjaya dalam industri hiburan pada usia yang masih muda.

Malah, mereka turut memuji sikap dan usaha Miura kerana tidak kisah memulakan kehidupan baharu dalam bidang yang jauh berbeza daripada dunia glamor.

Bagi netizen, keputusan itu membuktikan tidak salah untuk seseorang memilih jalan hidup yang lebih memberi ketenangan dan kepuasan kepada diri sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

Must Watch Video

Advertisement