Skip to main content

Hiburan

Pelakon Bollywood, Imran Khan Diarah Keluar India Sertai Protes Reforrmasi Pilihan Raya

Pelakon Bollywood, Imran Khan Diarah Keluar India Sertai Protes Reforrmasi Pilihan Raya

Sekilas

  • Pelakon Bollywood Imran Khan diarahkan meninggalkan India sebelum 28 Oktober selepas menyertai demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya di Mumbai.
  • Imran, pemegang kad OCI dan warganegara Amerika Syarikat, akan mencabar arahan tersebut di Mahkamah Tinggi Bombay kerana tiada undang-undang larangannya menyertai demonstrasi.
  • Demonstrasi itu dianjurkan oleh generasi Z menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya India susulan dakwaan penipuan undi yang dinafikan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Advertisement

Pelakon Bollywood, Imran Khan, anak saudara kepada bintang terkenal Aamir Khan, diarahkan meninggalkan India sebelum 28 Oktober ini selepas menyertai demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya.

Imran, yang merupakan warganegara Amerika Syarikat, memiliki kad Overseas Citizen of India (OCI) yang membolehkan individu berketurunan India melawat dan menetap di negara itu.

Advertisement

Bagaimanapun, pemegang kad berkenaan tidak mempunyai hak untuk mengundi atau bertanding dalam pilihan raya India.
Menurut kenyataan polis, Imran menyertai demonstrasi di August Kranti Maidan, Mumbai, bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya India, Gyanesh Kumar, meletakkan jawatan.

Peguam pelakon itu mengesahkan pihaknya akan mencabar arahan berkenaan di Mahkamah Tinggi Bombay, lapor BBC.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan Pejabat Pendaftaran Wilayah Warga Asing (FRRO) telah mengeluarkan notis kepada Imran atas dakwaan melanggar undang-undang susulan penyertaannya dalam demonstrasi berkenaan.

Advertisement

Bagaimanapun, peguamnya berhujah tiada peruntukan undang-undang atau peraturan khusus bagi pemegang kad OCI yang melarang mereka menyertai demonstrasi.

Menurut laporan Press Trust of India (PTI), petisyen Imran terhadap notis polis Mumbai itu menyifatkan tindakan berkenaan sebagai keterlaluan.

Imran dikenali menerusi filem komedi romantik popular Jaane Tu... Ya Jaane Na yang ditayangkan pada 2008.

Dia mula muncul sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem popular seperti Qayamat Se Qayamat Tak (1988) dan Jo Jeeta Wohi Sikandar (1992).

Sejak membuat kemunculan sebagai pelakon utama pada 2008, Imran membintangi beberapa filem termasuk I Hate Luv Storys, Mere Brother Ki Dulhan dan Delhi Belly.

Notis supaya meninggalkan India itu hadir ketika Imran kembali ke dunia lakonan tahun ini menerusi filem Netflix, Adhure Hum Adhure Tum, selepas berehat lebih sedekad.

Imran pada 10 Oktober lalu menyertai demonstrasi anjuran Cockroach Janta Party (CJP), sebahagian daripada gerakan lebih besar diterajui generasi Z yang mengadakan beberapa siri bantahan bagi menuntut reformasi pilihan raya serta peletakan jawatan ketua pegawai pilihan raya India susulan dakwaan penipuan undi.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya India menafikan dakwaan berkenaan.

"Imran Khan menyertai demonstrasi itu walaupun bukan warganegara India," menurut kenyataan polis.

Aduan terhadap pelakon itu dibuat oleh Kirit Somaiya, pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) yang merupakan parti pemerintah di peringkat persekutuan dan negeri berkenaan.

Somaiya mendakwa Imran terbabit dalam konspirasi untuk mencetuskan keadaan huru-hara di India.

Imran bagaimanapun tidak mengulas secara langsung dakwaan tersebut, sebaliknya menjelaskan kepada media mengenai sebab dia menyertai demonstrasi berkenaan.

"Saya tidak datang dengan sebarang tuntutan. Saya berada di sini sebagai seorang warga, sebagai individu yang tinggal di bandar ini. Saya mahu melihat mengapa kebebasan bergerak disekat dan suara rakyat dibungkam," katanya.

Dia turut menegaskan kehadirannya bukan sebagai wakil mana-mana organisasi.

Selepas menyertai demonstrasi itu, Imran ditahan polis untuk tempoh singkat bersama beberapa peserta lain.

Pelakon itu kemudian memuat naik foto dirinya di dalam van tahanan polis menerusi Instagram dengan kapsyen, "Nampaknya saya dibawa bersiar-siar."

Hantaran berkenaan meraih lebih dua juta tanda suka di platform media sosial itu.

Pada hujung minggu lalu, ribuan penunjuk perasaan berarak di Delhi, Mumbai dan beberapa kawasan lain di India bagi mendesak peletakan jawatan Gyanesh Kumar menjelang pilihan raya penting di beberapa negeri.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement