Sekilas
- Pelakon filem 'Jurassic Park', Sam Neill, meninggal dunia pada usia 78 tahun di Sydney.
- Keluarganya memaklumkan beliau dikelilingi ahli keluarga ketika menghembuskan nafas terakhir dan bebas daripada kanser sebelum ini.
- Sam Neill pernah menghidap limfoma sel-T tahap tiga pada 2022 dan menerima rawatan di St Vincent’s Private Hospital.
Pelakon fikem ‘Jurassic Park', Sam Neill, 78, dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.
Dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Neill, keluarganya memaklumkan bahawa beliau meninggal dunia di Sydney.
"Sam dikelilingi ahli keluarga ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Kehilangannya berlaku secara tiba-tiba dan tidak dijangka, namun kami bersyukur kerana Sam kekal bebas daripada kanser.
"Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakitangan St Vincent’s Private Hospital atas penjagaan luar biasa yang diberikan.
"Maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian, namun buat masa ini, bagi pihak keluarga, kami meminta agar privasi mereka dihormati ketika berdepan kehilangan ini,” menurut kenyataan itu.
Neill disahkan menghidap limfoma sel-T "angioimunoblastik” tahap tiga, sejenis limfoma bukan Hodgkin yang jarang berlaku, pada 2022 sehingga menyebabkan beliau berehat seketika daripada bidang lakonan.
Dia kemudiannya mengumumkan bebas daripada kanser pada awal tahun ini.
Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama