Skip to main content

Hiburan

Pelakon Malaikat Malam Turun Padang Konvoi Bersama 30 Motor Edar 100 Burger Untuk Moreh Kepada Orang Awam

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem Malaikat Malam anjurkan program CSR Gerakan Malaikat Malam Moreh dengan konvoi motosikal dan kehadiran pelakon seperti Tracie Sinidol dan Kodi Rasheed.
  • Konvoi di Jalan Tunku Abdul Rahman, KL, diagihkan 100 burger kepada orang awam sebagai tanda berkongsi rezeki di bulan Ramadan.
  • Filem Malaikat Malam akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 26 Mac, tiket sudah boleh dibeli di TGV Cinemas.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, filem terbitan Viper Studios dengan kerja Skop Production, Astro Shaw dan Primeworks Studios iaitu Malaikat Malam sekali lagi menganjurkan program CSR yanh dikenali sebagai Gerakan Malaikat Malam Moreh.

Melalui program tersebut, kira-kira 30 buah motosikal konvoi telah terlibat yang turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon seperti Tracie Sinidol, Kodi Rasheed dan Juzzthin.

Konvoi tersebut telah dilakukan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur sebelum singgah untuk diedarkan moreh tersebut kepada orang awam.

Sebanyak 100 burger diagihkan kepada orang ramai untuk berkongsi rezeki di bulan yang penuh keberkatan ini.

Inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan antara pelakon dan masyarakat, malah menjadi salah satu usaha menyebarkan kebaikan serta semangat berkongsi sepanjang Ramadan.

Sekadar info, filem Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini di pawagam terpilih.

Antara pelakon yang membarisi filem ini termasuklah Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Que Haidar, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Orang ramai kini sudah boleh mendapatkan tiket tayangan filem berkenaan di TGV Cinemas bermula sekarang.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement