Skip to main content

Antarabangsa

Pelakon Norma: Antara Mentua Dan Menantu, Wulan Guritno Bekukan Sel Telur

Wulan

Pelakon cantik Wulan Guritno sudah berusia 44 tahun. Dia juga sudah pernah dua kali gagal dalam hidup berumah tangga. Namun begitu, Wulan sempat memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulunya.

Dan sejak bercerai dengan suaminya,  Adilla Dimitri pada tahun 2022, bintang Norma: Antara Mentua Dan Menantu itu belum memegang status seorang isteri.

Advertisement

Tanpa berselindung, Wulan mengaku mahu menikah lagi meski usianya sudah melebihi 40 tahun.

Malah sebagai persediaan, dia sudah membekukan sel telur untuk bergelar ibu sekiranya menikah lagi pada masa hadapan.

“Saya mahu menikah lagi. Jadi sudah lakukan (beku sel telur). Kalau terjadi, ya terjadi,” katanya seperti dilaporkan Detikhot yang memetik perbualannya dalam 
YouTube Maia AlElDul TV.

Menurut Mulan lagi dia tidak memiliki kriteria khusus dan soal tampan jatuh nombor dua.

“Yang pertama mesti baik hati. Kalau tampan itu hanya bonus,” katanya lagi.

Sebelum ini Wulan sempat menjalin hubungan asmara dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya iaitu Sabda Ahessa. Jarak usia mereka terpisah 15 tahun. Hubungan yang bermula sejak Jun 2023 itu berakhir pada 2024.

Must-Watch Video

Advertisement