Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal yang didakwa mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak.
Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon itu kelihatan sedang menuju keluar dari kelab malam tersebut dan turut dikawal ketat oleh beberapa lelaki yang dipercayai pengawal peribadinya.
Aktres itu dilihat sempat membalas sapaan peminat meskipun dalam suasana kelab malam yang agak bising dan sesak itu.
Difahamkan video tersebut dimuat naik oleh seorang individu yang kebetulan turut berada di lokasi sama ketika kejadian berlaku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak percaya dengan tindakan aktres tersebut.