Skip to main content

Indonesia

Pelakon & Vokalis Terkenal, Isteri Ditangkap Hisap Dadah

Onadio Leonardo

Dunia hiburan Indonesia kembali dihebohkan dengan kes dadah.

Kali ini pelakon, pemuzik dan hos Onadio Leonardo ditangkap bersama isterinya, Beby Prisilla di kediaman mereka di kawasan Rempoa, Tengerang Selatan pada 30 Oktober lalu, lapor Detik.com.

Advertisement

Mereka ditangkap di rumahnya kawasan Rempoa, Tangerang Selatan, pada Kamis (30/10) malam. Berikut fakta-faktanya.

Menerusi laporan sama, polis menangkap lelaki yang akrab disapa Onad, 35,  bersama beberapa peralatan menghisap dadah dan ganja.

Malah dia dipercayai baru mengambil ekstasi. Polis juga mengesahkan Onad yang ditahan di Polres Metro Jakarta Barat merupakan seorang penagih dadah.

"Informasi selanjutkan akan kami sampaikan selepas pemeriksaan lanjut,” ujar Dirnarkoba Polda Metro Jaya Kombes, Ahmad David kepada media.

Penangkapan vokalis Killing Me Inside itu terjadi selepas pihak polis menahan seorang penagih dadah di sebuah kawasan lain.

Must-Watch Video

Advertisement