Skip to main content

Hiburan

Pelakon Wanita Didakwa Jadi ‘Scammer’, Akibatkan Kerugian Cecah Ratusan Ribu Ringgit - “Patutlah Dah Lama Tak Berlakon”

Pelakon Wanita

Sekilas

  • Seorang wanita mendakwa telah ditipu pelakon wanita bersama suaminya sehingga mengalami kerugian RM300,000.
  • Wanita itu berkongsi bahawa ramai lagi mangsa lain turut mengalami penipuan yang sama, dengan jumlah kerugian mencecah jutaan ringgit.
  • Perkongsian tersebut termasuk tangkap layar perbualan WhatsApp dan kad pengenalan pelakon wanita serta lelaki yang didakwa suaminya.

Seorang wanita menyorot perhatian ramai apabila mendakwa dirinya telah mengalami kerugian akibat ditipu seorang pelakon wanita.

Menerusi Threads, wanita itu mendakwa dirinya berdepan kerugian sebanyak RM300,00 gara-gara ditipu pelakon wanita tersebut.

Individu yang dikenali sebagai Kak Beyna itu turut mendakwa bahawa ramai juga yang sudah menjadi mangsa penipuan pelakon wanita berkenaan.

“Kepada pelakon wanita drama ni dgn suami dia yang menipu ramai duit orang termasuk i kena tipu 300 ribu. Ada kena tipu sampai berjuta2.

“Korang jangan nak lari sangat sebab dah ramai buat report polis pasal korang. Patutlah dah lama tak berlakon kerja menipu duit orang, laki bini sama je.

“Baru nak sabar bulan puasa ni tapi bila dapat tahu diaorang ni kaki scammer dan aniaya orang, memang i tak boleh tahan dah manusia perangai mcm ni,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang lain, wanita itu turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp memaparkan kad pengenalan pelakon wanita tersebut bersama lelaki yang didakwa merupakan suaminya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement