Sekilas
- Pelakon Yeyen Lidya kini tidak mempunyai kekasih dan lebih fokus mencari pasangan hidup yang sesuai.
- Yeyen mahukan lelaki yang aktif bersukan, sihat, boleh makan daging babi, dan sanggup menghantarnya ke gereja walaupun tidak seiman.
- Wanita berusia 48 tahun ini mengakui selektif dalam mencari pasangan dan tidak mahu ada drama dalam hubungan kerana usianya yang hampir 50 tahun.
Pelakon Yeyen Lidya memberitahu dirinya saat ini tidak mempunyai kekasih. Namun kata wanita berusia 48 tahun tersebut, jika punya peluang bercinta, dia mencari kekasih dengan beberapa ciri yang diingini.
Kata bintang filem Jagat Alam Gaib: Sinden Gaib itu, bakal kekasihnya mesti seorang yang aktif bersukan dan sihat.
“Jika ada kekasih, saya mahu lelaki yang aktif bersenam dan sihat kerana saya suka olahraga kerana saya seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat,” kata Yeyen seperti dilaporkan InsertLive.
Selain itu kata Yeyen, lelaki yang ingin menjadi kekasihnya kelak tidak perlu ‘seiman’ dengannya tetapi mesti boleh menikmati daging babi.
“Kalau tidak seiman pun tak apa tapi dia boleh makan babi. Dan boleh hantar saya ke gereja,” katanya lagi.
Menurut Yeyen saat ini dia menjalani kehidupan solo kerana terlalu sibuk sehingga tidak punya masa untuk bercinta selain mengaku selektif dalam mencari pasangan hidup.
“Usia saya sudah menghampiri 50 tahun jadi saya lebih kepada mahu mencari pasangan hidup, tidak mahu ada drama,” ujar Yeyen.
Sebelum ini Yeyen yang juga merupakan penyanyi dan hos pernah dua kali berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan hasil pernikahan pertama.