Skip to main content

Hiburan

Pelakon Wasp Dakwa Disney Korban Artis Demi AI

TB Evangeline Lilly Wasp IMDB

Sekilas

  • Pelakon Marvel, Evangeline Lilly, kritik Disney kerana memberhentikan kira-kira 1,000 kakitangan dan dakwa syarikat itu semakin bergantung pada teknologi AI sehingga mengorbankan tenaga kreatif manusia.
  • Lilly mendakwa Disney menggunakan AI untuk mengambil alih hasil kerja artis dan menegaskan tiada undang-undang ketat mengawal penggunaan AI dalam industri seni kreatif.
  • CEO Disney, Josh D’Amaro, menjelaskan pengurangan pekerja adalah untuk memperkemas operasi syarikat tanpa menyebut AI sebagai punca langsung, walaupun pasukan kreatif Marvel turut terjejas.

Pelakon filem Marvel, Evangeline Lilly, membidas tindakan Disney memberhentikan kira‑kira 1,000 kakitangan, sambil mendakwa syarikat gergasi hiburan itu semakin bergantung kepada kecerdasan buatan (AI) sehingga mengorbankan tenaga kreatif manusia.

Lilly, yang terkenal menerusi watak Wasp dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), mendedahkan perkara itu susulan perbualannya dengan rakan karib, Andy Park, yang merupakan Pengarah Pembangunan Visual Marvel Studios dan antara individu terkesan oleh langkah pengurangan pekerja tersebut.


Beliau mendakwa Disney kini menggunakan teknologi AI untuk memanfaatkan reka bentuk dan idea asal artis, sekali gus meraih keuntungan daripada hasil kreativiti manusia yang telah membina kejayaan MCU sejak sekian lama.

“Sangat mengecewakan melihat Disney membelakangkan individu yang menghidupkan dunia Marvel.

"Mereka kini menggunakan AI untuk mencuri hasil kerja manusia demi keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan yang tular di media sosial pada Jumaat.

Lilly turut mempersoalkan ketiadaan undang‑undang yang cukup ketat bagi mengawal penggunaan teknologi AI, sambil memberi amaran bahawa teknologi itu berpotensi merampas hak dan nilai seni kreatif manusia.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Disney, Josh D’Amaro, menerusi satu memo dalaman menjelaskan bahawa pengurangan tenaga kerja tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkemas operasi syarikat.

Memo berkenaan tidak menyebut penggunaan AI sebagai punca langsung kepada pemberhentian kakitangan yang terlibat.

Langkah pengurangan pekerja itu dilapor turut membabitkan pasukan kreatif dan produksi Marvel, yang selama ini menjadi tunjang utama kepada penghasilan kesan visual dan kandungan filem‑filem blokbuster studio berkenaan.

Isu penggunaan AI dalam industri perfileman kini menjadi topik hangat di Hollywood, susulan kebimbangan yang semakin meningkat berhubung hak cipta, perlindungan artis digital serta masa depan tenaga kerja kreatif dalam era teknologi baharu.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement